Oleh pada 24 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Vokal Mania merupakan sebuah rancangan realiti nyanyian terbaharu TV3 yang menghimpunkan 24 penyanyi amatur bersama 4 penyanyi profesional di atas sebuah pentas pertandingan.

   

peserta vokal mania

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Konsep

Setiap episod akan menampilkan 4 penyanyi amatur (diberi gelaran Rookie) untuk bertarung dengan 4 penyanyi profesional (digelar Idol) secara solo dan duet bagi mengumpul mata.

Pemenang setiap perlawanan akan ditentukan oleh barisan juri tetap.

Setiap episod juga bakal mengangkat seorang penyanyi amatur untuk menerima gelaran Rookie Star Award hasil gabungan penilaian 70% daripada undian awam dan 30% pemarkahan juri tetap.

Perangkul gelaran itu akan membawa pulang hadiah daripada pihak penaja.

Bagi membantu mana-mana Rookie ke peringkat separuh akhir iaitu minggu ke-7, undian penonton turut diambil kira.

Daripada kesemua 24 Rookie, hanya lapan yang akan terpilih untuk beraksi di pentas separuh akhir. Mereka dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diperoleh hasil gabungan penilaian juri dan undian peminat.

Separuh akhir hanya menampilkan persaingan antara peserta Rookie sahaja yang bakal merebut tempat ke pentas akhir.

Episod akhir Vokal Mania akan menjulang seorang juara di kalangan Idol bersama seorang juara dalam kalangan Rookie.

   

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2021 (Musim 4)

   

vokal mania 2020 81

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Peserta

24 penyanyi muda yang terlibat ialah Tuah Adzmi, Afieq Shazwan, Danial Chuer, Aisha Retno, Fatin Afeefa, Wafariena, Daniesh Suffian, Alif Kadim, Nuha Bahrin, Daus Husny, Hariz Danial dan Aedy Kama.

Tidak ketinggalan, Hakeemzamall, Nursyafiqnaser, Zareef Sein, Nisha Haque, Qiem Churros, Razak A'ai, Aufahanie, Eranzz Lambert, Erin, Fiera, Yuveena dan Zetty Rashid.

4 penyanyi profesional atau 'Idol' terdiri daripada Tomok, Aina Abdul , Lan Solo dan Indah Ruhaila . 

    

Baca: Biodata Alif Kadim

Baca: Biodata Eranzz Lambert

Baca: Biodata Tuah Adzmi

Baca: Biodata Afieq Shazwan

Baca: Biodata Danial Chuer

Baca: Biodata Aisha Retno

Baca: Biodata Fatin Afeefa

Baca: Biodata Wafariena

Baca: Biodata Daniesh Suffian

Baca: Biodata Nuha Bahrin

Baca: Biodata Zetty Rashid

Baca: Biodata Aina Abdul

Baca: Biodata Indah Ruhaila

Baca: Biodata Lan Solo

    

vokal mania tv3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Juri

Dua juri tetap yang bakal menggalas tanggungjawab penjurian ialah penyanyi Misha Omar dan Yusry Abdul Halim.

    

Baca: Biodata Misha Omar

    

Format Penjurian

Persembahan daripada penyanyi profesional mahupun amatur akan diadili sepenuhnya oleh juri tetap.

Pun begitu, penonton di rumah masih mempunyai kuasa untuk menentukan pemenang ‘Rookie Star Award’ setiap episod dengan melakukan undian di www.xtra.com.my/vokalmania.

Rookie Star Award ditentukan berdasarkan 70 peratus undian orang awam, manakala 30 peratus lagi oleh juri tetap.

   

Hadiah

Persaingan dalam merebut hadiah terkumpul bernilai RM80,000!

Bagi setiap episod, mana-mana Rookie yang berjaya menumpaskan Idol dalam setiap pertarungan akan meraih wang tunai berjumlah RM1,000.

Episod akhir Vokal Mania akan menganugerahkan seorang penyanyi di kalangan Idol sebagai juara dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM50,000, selain seorang juara dalam kalangan Rookie dengan habuan hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, rakaman sebuah lagu dan sebuah muzik video.

   

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

OhBulan!, xtra.com.my dan Senang Terhibur hadir sebagai rakan media digital, selain Hot FM sebagai radio rasmi.

   

Tempoh Siaran

Ke udara selama sembilan episod.

   

vokal mania minggu

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pengacara

Menampilkan Dato' AC Mizal selaku hos utama, dengan dibantu Azira Shafinaz sebagai hos bersama.

   

Waktu Siaran

Tayangan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran TV3, bermula 24 Oktober 2020.

Siaran dalam format HD menerusi platform digital iaitu saluran YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my.

   

Kredit video: Vokal Mania (2020) Minggu / Episod 1

   

Sumber:

1. 'ROOKIES' MENCABAR EMPAT PENYANYI PROFESIONAL?

2. Sedia untuk bertarung? Vokal Mania, Setiap Sabtu, 9:00 malam

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)