Oleh pada 06 Oct 2020 kategori

    

Selepas berakhirnya konsert Big Stage 2020, warganet mula mengutarakan nama-nama penyanyi yang dirasakan layak untuk berentap dalam musim akan datang nanti.

Barangkali terlalu awal untuk membuat ramalan, namun ada beberapa penyanyi baharu yang dikatakan peminat berpotensi untuk menapak di pentas pertandingan realiti berkenaan, atau sekurang-kurangnya mencuba nasib dalam sesi ujibakat.

   

big stage 2021

    

Beberapa nama penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang dipetik netizen sebagai calon peserta Big Stage musim keempat, termasuk Tuah Adzmi, Luqman Faiz, Danial Chuer, Fatin Husna, Shalma Eliana, Azmil (Mentor Legend), Yonnyboii dan BitoBeyto.

Turut dinyatakan, Harris Alif, Fareez Fauzi, Masya Masyitah, Megat Rahim, Isma Sane, As'ad Motawh, Zack Zakwan dan Meer Nash.

Juga tidak ketinggalan, Daniesh Suffian., Aisha Retno, Iza'an, Yazid Izaham, Wan Azlyn, Rizal Rasid, Layla Sania dan Eza Edmond.

Siapa tahu ada antara nama-nama yang dinyatakan bakal membuat kemunculan sekaligus mencipta nama menerusi Big Stage 2022? Sama-sama kita nantikan!

Terdahulu, edisi 2020 pertandingan itu disertai penyanyi Azzam Sham, Usop (Mentor), Sandra Dianne, Fadh Majid, Hanie Soraya, Qody Rany, Dinie Rashid, Farisha Iris, Hafiz Zainal, Nana Sheme, Yamani Abdillah dan Amir Hasan.

Penyanyi Sarah Suhairi dinobatkan sebagai juara Big Stage musim pertama (2018), diikuti Han Byul sebagai juara musim kedua (2019), disusuli Azzam Sham selaku juara musim ketiga (2020).

    

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Live + - Minggu Akhir

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)