Kredit foto: Instagram @indahruhaila

Biodata

1. Nama lengkapnya, Siti Ruhailah binti Hussein. Dikenali sebagai Indah Ruhaila.

2. Lahir di Kota Tinggi, Johor pada 30 Julai 1987.

3. Berusia 32 tahun.

4. Berketinggian 158 sentimeter.

5. Anak ketiga daripada lima adik-beradik.

6. Merupakan cicit kepada penyanyi Allahyarhamah Rosiah Chik dan anak saudara Ayai, vokalis kumpulan Illusi.

7. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

8. Pada peringkat awal kemunculannya sebagai penyanyi, beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Records menerusi album berjudul 'Indah Ruhaila' yang memuatkan 11 buah lagu, antaranya Dengarlah Kekasih, Tak Mahu Mengerti, Akan Ku Harungi dan Hati Ini. Begitupun kehadirannya tidak menerima sokongan penggemar dunia seni apabila album sulung itu kurang meraih sambutan.

9. Indah kemudiannya pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru sebelum meneruskan kehidupan sebagai penyanyi lounge.

10. Begitupun, menerusi percubaan keduanya dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia 2013 (AF2013) telah berjaya menempatkan namanya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 2014 setahun kemudian menerusi single 'Percayalah' ciptaan Aiman.

11. Lain-lain lagu pernah dirakamkan seperti Di Sebalik Takdir, Cerita Cinta Kita (duet bersama Ewal), Semua Untuk Cinta dan Pudar.

      

Fakta Menarik

  • Sebelum bergelar artis, beliau aktif sebagai penyanyi band keroncong di Johor di bawah kelolaan guru Yayasan Warisan Johor.
  • Meminati genre muzik jazz, blues dan soul.
  • Hobinya memasak, melancong dan menari.
  • Mengakhiri zaman solo dengan Ahmad Shariff Ahmad Taufik pada 24 Disember 2017.

      

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi indah ruhaila 2 241

biodata dan latar belakang penyanyi indah ruhaila 3 170

biodata dan latar belakang penyanyi indah ruhaila 4 172

biodata dan latar belakang penyanyi indah ruhaila 5 819

biodata dan latar belakang penyanyi indah ruhaila 6 403

biodata dan latar belakang penyanyi indah ruhaila 7 532

Kredit foto: Instagram @indahruhaila

Video

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. BH Online

3. Facebook Indah Ruhaila FC




Hakcipta iluminasi.com (2017)