Biodata

1. Pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah binti Shamsudin. Dikenali sebagai Fatin Afeefa.

2. Lahir pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 25 tahun (2019).

3. Merupakan pelakon, peragawati dan penyanyi.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak 2002.

5. Beliau asalnya berjinak-jinak sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur lapan tahun.

6. Diperkenalkan menerusi drama Maksimum di TV3.

7. Ketika usia kecil, dia diberikan kepercayaan membintangi filem Tentang Bulan untuk produksi arahan Ahmad Idham yang turut menampilkan pelakon Aedy Ashraf, Erin Malek dan Nik Adruce.

8. Kelangsungan karier Fatin berterusan di usia dewasa menerusi filem Kampung Drift arahan Nevin Hiong membawa watak sebagai Julia, bergandingan di sisi pelakon Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip.

9. Kemunculannya di layar perak diikuti dengan filem Volkswagen Kuning arahan Shadan Hashim dan Hospital oleh sutradara Azaromi Ghozali.

10. Tidak ketinggalan drama Red Velvet diterajui Neelofa dan Alif Satar, memegang peranan sebagai Sophie untuk siaran Astro Ria dan Astro Ria HD.

11. Termasuk Semusim Rindu sebagai Husna siaran Astro Prima, Kekasih Paksa Rela (TV3), Monalisa (Astro Prima) yang merupakan drama adaptasi Korea dengan judul asal “The Womans Room”, Jodoh-Jodoh Annisa (Astro Prima) dan terkini, Asalkan Dia Bahagia (TV3).

12. Sudah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, begitupun butiran perkahwinan sulungnya dirahsiakan daripada umum. Hanya yang diketahui, Fatin mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup itu, sebelum menerima rezeki cahaya mata kedua bersama pelakon Adam Shah dalam perkahwinan kedua pada 21 Disember 2013 yang bagaimanapun berakhir dengan perceraian secara baik pada 30 Mei 2017.

     

Baca: 10 Fakta Pelakon Fatin Afeefa Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Pelakon Adam Shahz, Bekas Suami Fatin Afeefa

    

Foto

biodata fatin afeefa pelakon drama asalkan dia bahagia 2

biodata fatin afeefa pelakon drama asalkan dia bahagia 3

biodata fatin afeefa pelakon drama asalkan dia bahagia 4

biodata fatin afeefa pelakon drama asalkan dia bahagia 5

biodata fatin afeefa pelakon drama asalkan dia bahagia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online

4. Instagram Fatin Afeefa

5. Youtube Fatin Afeefa




Hakcipta iluminasi.com (2017)