Oleh pada 30 Aug 2020 kategori

immortal songs malaysia

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Immortal Songs Malaysia merupakan sebuah rancangan nyanyian diadaptasi daripada program Korea Selatan dengan judul sama.

Rancangan berkonsepkan pertandingan ini menampilkan gandingan penyanyi baharu dan lama dalam sebuah program hiburan yang menghiburkan.

      

immortal song 305

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Konsep

Membawa tema 'Lagu Lama Menyengat Semula', seramai 42 penyanyi bakal berentap dalam usaha memberi nafas baru kepada lagu-lagu lama yang pernah popular.

Setiap minggu, enam penyanyi muda dan seorang karyawan lagenda bakal mengambil bahagian.

Para penyanyi muda bakal mencabar kreativiti masing-masing dalam mendendangkan versi baharu lagu pilihan mereka daripada karyawan lagenda.

Olahan dan susunan muzik yang dipersembahkan bakal dinilai sepenuhnya oleh lapan orang juri.

Markah setiap penyanyi akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain sehingga pemegang rekod tertinggi diangkat sebagai ‘susunan lagu terbaik’ dalam sesebuah episod.

    

immortal songs

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Peserta

Membariskan 42 penyanyi muda ternama masa kini seperti Naim Daniel, Hael Husaini, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Amir Masdi, Aman Aziz dan ramai lagi.

Mereka bakal mempersembahkan lagu-lagu daripada karyawan seni lagenda yang tidak asing lagi dalam bidang hiburan iaitu Datuk M Nasir, Ella, Ning Baizura, Fauziah Latiff, Fauzi Marzuki, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Jeffrydin.

    

Baca: Biodata Hael Husaini

Baca: Biodata Naim Daniel

Baca: Biodata Ernie Zakri

Baca: Biodata Wany Hasrita

Baca: Biodata Amir Masdi

Baca: Biodata Ella

   

immortal songs minggu

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

     

Juri

Lapan orang juri yang ditugaskan mengadili pertandingan terdiri daripada kalangan pihak media.

    

Format Penjurian

Penilaian sepenuhnya dilaksanakan oleh juri berdasarkan gubahan muzik yang dilakukan para peserta.

Bagaimanapun penonton di rumah turut mendapat peluang untuk mengundi persembahan yang menjadi pilihan mereka.

Undian menerusi laman sesawang www.xtra.com.my itu boleh dilakukan ketika rancangan sedang ke udara iaitu dari pukul 9.00 hingga 10.30 malam.

Bagaimanapun undian hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi setiap penonton untuk setiap episod.

Persembahan pilihan ramai akan diumumkan di media sosial TV3 Malaysia pada setiap hari Sabtu di minggu berikutnya.

Hadiah berupa enam bulan bekalan susu Farm Fresh secara percuma kepada badan kebajikan yang menjadi pilihan pemenang.

   

Penaja

Farm Fresh, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu tempatan bertindak selaku penaja utama.

   

Tempoh Siaran

Tayangan selama tujuh episod dalam tujuh minggu berturut-turut.

    

immortal songs tv3 95

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pengacara

Ain Edruce bakal mengemudikan pentas utama sebagai hos, manakala belakang pentas bakal digamatkan dengan gandingan pengacaraan Fad Bocey dan Amy Mastura.

    

Waktu Siaran

Mulai 30 Ogos 2020, bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.

   

Sumber:

1. Program Immortal Songs 'taruhan baharu' TV3

2. 42 Penyanyi Popular Bersaing Dalam Immortal Songs

3. Instagram TV3 Malaysia

     



Hakcipta iluminasi.com (2017)