Kredit foto: Instagram Daniesh Suffian

   

Siapa Daniesh Suffian? Nur Mohd Daniesh Mohd Suffian atau nama komersialnya, Daniesh Suffian merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pencipta lagu Malaysia.

Beliau dikenali menerusi rangkaian lagu popular seperti Terabadi, Pilihlah Aku dan Simpan.

Beliau juga merupakan antara pelakon dalam drama rantaian TV3, Romantika 4 Hari 3 Malam yang turut dibintangi Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Wafariena, Nynaa Harizal, Izzendra, Oshin Ahmad, Dottie dan ramai lagi.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Nur Mohd Daniesh bin Mohd Suffian.
  • Menggunakan nama pentas, Daniesh Suffian.
  • Berumur 22 tahun.
  • Lahir di Tawau, Sabah pada 1 Oktober 1998.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi, aktor dan pencipta lagu.
  • Bernaung di bawah syarikat rakaman label World Peace Entertainment.
  • Antara lagu dipopularkannya seperti Terabadi, Simpan, Pilihlah Aku, I'm Okay dan Hingga Kau Terlupa.
  • Sebagai pelakon, beliau membintangi drama bersiri adaptasi novel berjudul Romantika 4 Hari 3 Malam.
  • Akaun Instagramnya atas nama @danieshsuffian sehingga kini mencatatkan lebih 67,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 180 sentimeter (cm).
  • Wajahnya dikatakan iras bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo.
  • Kenalan rapat kepada penyanyi Ismail Izzani dan Naim Daniel.
  • Meskipun masih hijau dalam bidang nyanyian, beliau pernah berpadu suara dengan penyanyi Indonesia ternama, Bunga Citra Lestari (BCL) menerusi sebuah acara konsert, selain Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika acara ulang tahun kelahiran penyanyi nombor satu negara itu.
  • Meminati genre muzik balada.
  • Pernah tertekan gara-gara fizikalnya yang kurus menjadi bahan kritikan.
  • Pernah berentap dalam pertandingan Immortal Songs Malaysia dan kini bersaing di program realiti, Vokal Mania siaran TV3.

   

Baca: Biodata Eranzz Lambert, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Alif Kadim, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Nuha Bahrin, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Afieq Shazwan, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Wafariena Roslan, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Fatin Afeefa, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Zetty Rashid, Peserta Vokal Mania 2020

           

Foto

daniesh suffian dulu

daniesh suffian 316

daniesh suffian ig

romantika 4 hari 3 malam

keluarga daniesh suffian

daniesh suffian profile

daniesh suffian wikipedia

vokal mania 954

daniesh suffian umur 328

vokal mania tv3 183  

Kredit foto: Instagram Daniesh Suffian

   

Video

Kredit video: Daniesh Suffian - Terabadi (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Rakan pengkiritik utama

2. Daniesh Suffian hilang keyakinan diri setiap kali ditegur terlalu kurus - “Sebulan PKP saya berazam nak naikkan berat badan”

3. Instagram Daniesh Suffian

4. Pencalonan ABPBH 33 tebus duka Daniesh

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)