Kredit foto: Instagram Alif Kadim

   

Siapa Alif Kadim? Muhammad Alif Kadim yang lebih dikenali umum sebagai Alif Kadim merupakan antara penyanyi yang bakal berentap sebagai finalis dalam program realiti nyanyian, Vokal Mania 2020.

Beliau terlebih dahulu sepentas dengan 24 orang 'rookie' dalam persaingan di episod mingguan. Mereka yang dimaksudkan adalah penyanyi Tuah Adzmi, Zareef Sein, Zetty Rashid, Eranzz Lambert, Nuha Bahrin, Nur Syafiq Naser, Danial Chuer, Daniesh Suffian, Afieq Shazwan, Aisha Retino, Wafariena dan Aedy Kama.

Tidak ketinggalan, Hariz Danial, Nisha Haque, Daus Husny, Erin, Fatin Afeefa, Aufahanie, Fiera, Razak A'ai, Yuveena, Qiem Churros dan Hakeemzamall.

Barisan 'idol' pula merupakan penyanyi senior terdiri daripada Tomok, Aina Abdul, Indah Ruhaila dan Lan Solo.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Muhammad Alif bin Kadim.
  • Menggunakan nama pentas, Alif Kadim.
  • Berumur 29 tahun (2020).
  • Kelahiran Hospital Besar, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1991.
  • Berketinggian 169 sentimeter (cm).
  • Merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.
  • Mendapat pendidikan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang Diploma Muzik dan Vokal.
  • Berkecimpung dalam bidang hiburan sebagai seorang penyanyi dan pelakon sejak tahun 2010.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) seangkatan dengan penyanyi Adira dan Shahir AF, namun tersingkir di minggu yang keempat.
  • Antara lain beliau pernah menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim pertama menerusi episod bersama penyanyi Black Hanifah. Terkini pula beliau berada dalam persaingan di rancangan Vokal Mania yang mana meletakkannya sebagai antara empat finalis peringkat akhir.
  • Akaun Instagramnya dengan nama @alifkadim sehingga kini mempunyai lebih 11,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Di kalangan keluarga dan kenalan, Alif lebih mesra disapa dengan nama panggilan Mamat, Mat dan Alif.
  • Selain menyanyi, beliau seorang yang gemar bersukan menerusi pembabitan dalam permainan futsal dan boling.
  • Gemarkan hidangan berasaskan ayam, namun tidak menggemari ikan!
  • Menjadikan Hannah Delisha sebagai 'celebrity crush'nya.
  • Juga menyimpan impian untuk menjadikan Hannah Delisha sebagai model dalam video muzik lagunya.
  • Pernah membintangi drama bersiri Kau dan Aku musim kedua.
  • Mengidolakan penyanyi Misha Omar, Afgan dan Michael Buble.

    

Baca: Biodata Danial Chuer, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Aisha Retno, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Eranzz Lambert, Peserta Vokal Mania 2020 

Baca: Biodata Tuah Adzmi, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Afieq Shazwan, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Fatin Afeefa, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Wafariena Roslan, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Daniesh Suffian, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Nuha Bahrin, Peserta Vokal Mania 2020

Baca: Biodata Zetty Rashid, Peserta Vokal Mania 2020

     

Foto

siapa alif kadim

alif kadim 66

finalis vokal mania 250

vokal mania 2020 404

umur alif kadim

vokal mania tv3 636

alif kadim wikipedia

peserta vokal mania 353

vokal mania 205

vokal mania final 290

Kredit foto: Instagram Alif Kadim

   

Video

Kredit video: Aina Abdul vs Alif Kadim - Takkan Terlerai | Vokal Mania (2020)

   

Sumber:

1. Empat Bintang AF8 Bernasib Baik Dilamar KRU Studios

2. Jom Kenal | Rookie Vokal Mania - Alif Kadim

3. Vokal Mania: Tewaskan Aina Abdul, Alif Kadim Makan Hati Dengan Komen Misha Omar?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)