Kredit foto: Instagram Lan Solo

   

Siapa Lan Solo? Mohd Razlan Mohamed Yusof atau nama popularnya, Lan Solo merupakan seorang penyanyi, pelakon, komposer dan usahawan Malaysia.

Beliau yang pernah menganggotai kumpulan Kristal, diangkat sebagai pemenang tempat ketiga program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Mohd Razlan bin Mohamed Yusof.
  • Menggunakan nama pentas, Lan Solo.
  • Kelahiran Taiping, Perak pada 11 Jun 1985.
  • Berumur 35 tahun.
  • Anak kepada pasangan Mohamed Yusof (bapa) dan Rosiyah Mad Ali (ibu).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pencipta lagu sejak tahun 1999.
  • Memperjuangkan genre muzik Pop dan Rock.
  • Antara lagu yang dirakamkannya selaku penyanyi solo termasuk Berpisah Tanpa Rela dan Twist Abang Sayang.
  • Pernah membintangi drama bersiri Dia Semanis Honey pada 2016, Klik! Pengantin Musim Salju (2018) dan telefilem Cekelat Tak Semanis Honey (2018), selain kemunculan di layar perak menerusi filem Getaran (2001).
  • Mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim yang juga pengurusnya pada 6 Disember 2009 dan hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan empat orang anak iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
  • Laman sosial Instagramnya dengan nama akaun @lansolo_official mempunyai lebih 509,000 pengikut.

   

Baca: Biodata Zetty Rashid

   

Fakta Menarik

  • Pernah dikenali sebagai Lan Kristal sebelum menukar nama komersial kepada 'Lan Solo' sewaktu penyertaan di GV4.
  • Kembali menempa populariti selepas berjaya memenangi tempat ketiga di GV4 pada 2017.
  • Ketika sedang berentap di GV4, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan Kristal yang disertainya sejak 1999, sebelum menerajui Kristal X yang membariskan tiga anggota asal Kristal iaitu Lan, Ainul dan Ezal, termasuk seorang anggota jemputan, Napi selaku pemain gitar.
  • Melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak 2019 menerusi jenama kedai, Solo Borneo Mart yang menjual bekalan barangan kering dan basah dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei.
  • Sebelumnya, Lan juga pernah terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan termasuk mempunyai butik pakaian sendiri yang bagaimanapun menamatkan operasi selepas tiga tahun.
  • Beliau kini memegang peranan sebagai 'Idol' dalam rancangan realiti Vokal Mania (2020) siaran TV3.
  • Baru-baru ini namanya terpalit dengan kontroversi gara-gara berpelukan dengan penyanyi Zetty Rashid di pentas Vokal Mania. Beliau kemudian menjelaskan bahawa Zetty adalah adiknya, namun enggan berbicara lanjut mengenai hubungan kekeluargaan mereka kerana menganggap ianya perihal privasi.

    

Baca: Biodata Penyanyi Siti Nordiana

Baca: Biodata Penyanyi Syura

   

Foto

kedai lan solo

lan solo

isteri lan solo

keluarga lan solo

anak lan solo

vokal mania 711

nama lan solo

lan kristal

nama penuh lan solo

zetty rashid 833

zetty rashid lan solo

adik lan solo

Kredit foto: Instagram Lan Solo & Instagram Zetty Rashid

       

Video

Kredit video: Lan Solo vs Zetty Rashid - Makhluk Tuhan Paling Seksi | Vokal Mania (2020)

   

Sumber:

1. Kristal X kembalikan nostalgia

2. Lan buka Solo Borneo Mart

3. Buka kedai runcit, Lan Solo akui ramai ingat dia hidup senang dengan cara mudah - “Orang tak nampak kami struggle!”

4. Tak perlu sensasi

5. Beri bayangan isteri hamil, gurauan Lan Solo bikin kecoh - “Geram je... tak fasal-fasal terima banyak ucapan tahniah!”

6. Wikipedia Lan Solo

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)