Oleh pada 04 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Rumah No. 107 merupakan sebuah program sketsa dan bual bicara komedi yang ditayangkan di saluran Astro Warna.

Musim kedua kembali selepas sambutan hangat diberikan para penonton pada tayangan musim pertama.

rumah no 107 episod

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

 

Konsep Program

Sebuah program bual bicara yang berkonsep santai dengan mengetengahkan keluarga Tok Khir, Joey, Ropie dan Bibik Cha dalam memainkan peranan watak lucu masing-masing sambil menemubual tetamu-tetamu undangan dan cameo yang mengisi kerusi jemputan setiap minggu.

Barisan selebriti popular yang hadir akan berkongsi kisah-kisah inspirasi dan pengalaman menarik dilalui mereka sepanjang mengukir nama dalam industri hiburan.

Bukan setakat sarat dengan adegan-adegan lawak, malahan program yang mendapat respon positif ini juga menghidangkan segmen yang mampu menjentik hati dan mengundang air mata penonton.

rumah no 107 musim 2

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Pengacara

Barisan hos yang juga bertindak sebagai pelakon dalam membawa karakter masing-masing adalah Khir Rahman, Joey Daud, Ropie dan Vicha, termasuk penampilan seorang lagi ahli keluarga baru untuk musim kedua ini iaitu pelawak yang tidak asing lagi, Shuk Sahar.

    

rumah 107

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Artis Jemputan

Selebriti-selebriti ternama tanah air bakal menghangatkan paparan setiap episod.

Mereka adalah Linda Onn, Halim Othman, Zamani, Ameng SPRING, Dato' Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimy, Abby Abadi, Didie Alias, Zizi Kirana dan kumpulan ELITE (Watie, Azza, Linda Raafar), Catriona Ross (Kak Kek), Zarina Zainuddin, Saiful Apek, Dato' Chef Wan, Syanie, Nabila Razali, Datin Marlia Musa, Angeline Tan, Dato' Aznil Hj. Nawawi dan Awal Ashaari.

Baca: Biodata Zamani

Baca: Biodata Fizz Fairuz

Baca: Biodata Zul Huzaimy

Baca: Biodata Abby Abadi

Baca: Biodata Zizi Kirana

Baca: Biodata Catriona Ross

Baca: Biodata Zarina Zainuddin

Baca: Biodata Nabila Razali

rumah no 107 cast

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Jumlah Episod

'Rumah No. 107' musim kedua menemui penonton selama lapan siri episod.

rumah 107 episod

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Waktu Tayangan

Bermula 4 Jun 2021, tayangan setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Juga terkandung dalam platform On Demand dan aplikasi Astro GO.

rumah no 107 episode

rumah no 107 astro

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Kredit video: Isteri diludah orang, kerana Dato' AC Mizal?- Rumah NO 107

Sumber:

1. Memang Best, Penonton Suka! Rumah No 107 Kini Kembali Dengan Musim Kedua

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)