Kredit foto: Instagram @fizzfairuzofficial

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin.

2. Kelahiran Raub, Pahang, pada 22 Oktober 1979.

3. Anak keempat daripada sembilan adik-beradik.

4. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5. Kediamannya terletak di Putrajaya.

6. Hobinya bermain bola sepak. Pernah mengalami kecederaan di bahagian lutut semasa menjalani latihan pemilihan pemain di Sukan Malaysia (SUKMA) sewaktu usia 17 tahun.

7. Bergelar pelakon, pengacara dan ahli perniagaan.

8. Mula menceburi dunia seni sejak tahun 2006.

9. Antara filem yang pernah dibintanginya seperti Castello, Anak Halal, Niyang Rapik, Nur Kasih The Movie, Jiwa Taiko, 29 Februari, Hantu Kapcai, Tanda Putera, Dollah Superstar, Cicakman 3, Munafik dan Hospital.

10. Penampilan di kaca televisyen, antaranya menerusi drama Dua Hati, Impak Maksima, Kekasihku Seru, KL Menjerit The Series, Cucu Betong, Nur Kasih, Ayoub, Sedetik Cinta, Inikah Cinta, Ku Kirim Cinta, Kekasih Paksa Rela, Cinta Tiada Ganti, Jodoh-jodoh Annisa dan Kamar Kamariah.

11. Juga telefilem Kenangan Semalam, Tak Serupa Tapi Sama, Sonata Labu dan Labi, Mabuk Estrogen, Nahi Mungkar, Tuntutan Maut, Donut, Dari Mersing Ke Manchester, Mesej Terakhir, Langkah Bendul, Sejadah Putih, Hantu Mertuaku, Kulit, Anak Kerak, Rumah Hantu Sakit Jiwa dan banyak lagi. 

12. Pemegang trofi Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

13. Berkahwin dengan aktres Almy Nadia pada 26 April 2014 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Aurora dan Nurafrina Ayra.

14. Pada 27 Januari 2018, beliau menjadi antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena dengan istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) seterusnya membawa kepada gelaran Datuk.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kamar Kamariah (TV3)

   

Foto

biodata fizz fairuz pelakon drama kamar kamariah 2

biodata fizz fairuz pelakon drama kamar kamariah 3

biodata fizz fairuz pelakon drama kamar kamariah 4

biodata fizz fairuz pelakon drama kamar kamariah 5

biodata fizz fairuz pelakon drama kamar kamariah 6

Kredit foto: Instagram @fizzfairuzofficial

Video

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

Sumber:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)