Biodata

Nama penuh: Zamani bin Ibrahim

Tarikh lahir: 25 Mei 1971

Umur: 47 tahun (2018)

Asal: Selangor

Pekerjaan: Penyanyi dan pelakon

Tahun aktif: 1993 sehingga kini

Label: BMG Music, Warner Music dan Universal

Media sosial: Instagram @zamanislam_official

Fakta Menarik

1. Bergelar vokalis kumpulan Slam dari 1994 hingga 1999, sebelum menjadi penyanyi solo sejak tahun 2002.

2. Awal tahun 2015, beliau ditangkap kerana memiliki dan mengambil dadah, kemudiannya dirawat di pusat pemulihan.

3. Beberapa bulan menjalani rawatan, Zamani disahkan bebas daripada najis dadah dan akhirnya kembali membuat kemunculan semula dalam dunia muzik pada tahun 2016.

4. Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.

5. Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.

6. Sebagai pelakon, Zamani pernah membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Bara (1999), bersama Nasha Aziz dan Awie. Telefilem dilakonkannya pula ialah Syair Si Pari-Pari (2002) dan Celak Pak Andam (2009).

7. Selain meraih pelbagai pengiktirafan anugerah, kumpulan Slam yang dianggotainya juga telah mengadakan beberapa konsert berskala mega dan antara yang paling diingati ramai pastinya Konsert Grand Slam Unplugged yang berlangsung pada 3 Ogos 1996 dengan iringan gah muzik orkestra bertempat di Stadium Negara.

8. Bagaimanapun, kemunculan semula Zamani pada tahun 2016 kurang mendapat sambutan kerana beliau mendakwa single yang dikeluarkan berjudul Tambatan Hati tidak dimainkan di stesen radio hingga tidak disedari peminat.

9. Namun Zamani  enggan berputus asa untuk terus mengeluarkan single berkualiti demi diterima semula dalam dunia hiburan.

10. Pada September 2018, beliau mengambil keputusan untuk menyertai rancangan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing bersama 11 penyanyi iaitu Amelina, Safura, Maya Matahari, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Foto Terkini

biodata penuh zamani vokalis slam dan peserta gegar vaganza 5 3 68

biodata penuh zamani vokalis slam dan peserta gegar vaganza 5 2

biodata penuh zamani vokalis slam dan peserta gegar vaganza 5 4

biodata penuh zamani vokalis slam dan peserta gegar vaganza 5 5

biodata penuh zamani vokalis slam dan peserta gegar vaganza 5 6

Kredit:

1. Wikipedia Zamani Ibrahim

2. Wikipedia Kumpulan Slam

3. Laman Rasmi Gegar Vaganza 2018

4. Astro Gempak

5. Instagram Zamani




Hakcipta iluminasi.com (2017)