2. Bakatnya dikesan selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh meskipun gagal bertahan sehingga ke peringkat akhir.
3. Pada hujung tahun 2009, Zizi mengembangkan kerjaya seninya sebagai salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC) yang memperjuangkan muzik hip hop, diketuai oleh bintang hip hop ternama, Cat Farish.
4. Beberapa tahun kemudian, Zizi yang dikenali sebagai Zizi The Faboulous Cats itu akhirnya bertindak menukar nama pentasnya kepada 'Kirana' selepas menganggotai kumpulan baharu, Nukilan yang ditubuhkan pada 16 Januari 2015, di bawah label Qarmal Music milik penyanyi rap terkenal, Malique.
5. Kemudiannya, sekali lagi Zizi menjenamakan semula nama pentasnya kepada 'Zizi Kirana' dan kini tampil sebagai penyanyi solo pula.
6. Difahamkan, beliau masih lagi berhubung dengan Cat Farish yang pernah bertanggungjawab menggilap bakatnya di awal karier, meskipun tidak lagi bersama dengan TFC.
7. Zizi kemudiannya memberanikan diri menyertai pertandingan realiti Dangdut Academy Asia 2 (DAA2) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada hujung tahun 2016 walaupun gagal menempatkan diri ke pusingan akhir.
8. Zizi yang memperjuangkan muzik Dangdut, Pop dan Hip Hop meledak dengan beberapa lagu hits seperti Boleh Jalan, Nak Ke Taknak Lepak Mamak, Rahsia Hati, Siapa Yang Bap Bap, Kerna Kamu, Antara Jodoh Dan Cinta, Dulu Pernah Kau Kata dan banyak lagi.
9. Dalam bidang lakonan, beliau pernah membintangi pelbagai drama, telefilem mahupun filem seperti Hantu Bonceng, Bujang Sepah Lalalitamplom, Cuti-Cuti Cinta, La So Fa The Musical (Musim 1 dan 2), Cinta Kapcai dan Pian Kena Balik Raya.
10. Mengakui kali terakhir beliau bercinta ialah pada tahun 2012 dan sejak itu enggan lagi memikirkan tentang perkahwinan apatah lagi mengenangkan 'tragedi' yang dialami adiknya yang telah dua kali bercerai.