Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Program hiburan, Suara Viral 2.0 merupakan sebuah pertandingan realiti nyanyian yang mengetengahkan bakat daripada pelbagai latar belakang.
Ia bermatlamat melahirkan penyanyi baharu bagi dipertaruhkan dalam industri hiburan masa hadapan.
Terdapat pembaharuan segar yang disuntik pada musim ini bagi menambah baik format asal dan memastikan ia terus kekal relevan.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Ujibakat Peserta
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan pada musim pandemik Covid 19 yang lalu, sesi ujibakat sekitar bulan Jun dan Ogos 2021 telah dianjurkan secara dalam talian menerusi penyertaan yang dihantar di platform SINAR dan Gempak.
Penyertaan adalah terbuka secara solo, duo atau berkumpulan (dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli) dan diluaskan kepada seluruh rakyat Malaysia serta warganegara yang memiliki status Pemastautin Tetap (PR) berumur 18 tahun ke atas.
Konsep
Nasib enam peserta yang mengambil bahagian dalam setiap pusingan akan ditentukan berdasarkan sistem penjurian kalah mati selama tujuh minggu.
Juara setiap episod akan dihimpunkan untuk berentap sekali lagi di peringkat suku akhir bagi merebut tiket sebagai empat finalis yang layak bersaing di episod kemuncak.
Keunikan musim ini adalah pengenalan konsep ‘Tangga Viral’ yang menuntut peserta berdiri di kedudukan anak tangga teratas ketika memulakan persembahan.
Peserta akan dicabar untuk menyanyi dalam suasana yang berlatarkan bayang silhouette bagi memikat hati juri hanya dengan kemantapan vokal semata-mata.
Sekiranya juri menyukai, mereka akan menekan butang ‘buzzer’ untuk menyalakan lampu di setiap anak tangga sekaligus mendedahkan identiti dan wajah sebenar peserta.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Juri
Menampilkan empat penyanyi berpengalaman sebagai juri profesional tetap iaitu Dato’ Hattan, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Marsha Milan.
Baca: Biodata Haqiem Rusli
Baca: Biodata Aina Abdul
Selebriti lain yang terlibat sebagai juri akan memenuhi satu kerusi jemputan dan satu kerusi viral secara bergilir-gilir, setiap minggu.
Format Penjurian
Menyajikan perbezaan dari segi format pertandingan berbanding musim pertama yang mana edisi kali ini menggunakan sistem liga berdasarkan pemarkahan sepenuhnya daripada pihak juri profesional.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Hadiah
Habuan berupa wang tunai RM10,000 menanti juara Suara Viral 2.0. Juara mingguan pula akan mendapat ganjaran berbentuk wang tunai RM1,000 sebagai insentif.
Rakan Digital Dan Radio Rasmi
Penerbitan disokong oleh Astro Go dan portal Gempak yang bertindak sebagai rakan digital rasmi, manakala Sinar pula hadir menghulurkan sokongan sebagai rakan radio rasmi.
Tenaga Pengajar
Para peserta mendapat khidmat kepakaran daripada guru vokal profesional, Cikgu Siti Hajar dan guru persembahan, Alam Wakaka bagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sebagai persiapan dan latihan menjelang konsert.
Tempoh Siaran
Konsert mingguan dijadualkan berlangsung selama 10 minggu bagi mengisi slot pada hari Rabu.
Kredit foto: Instagram Naim Daniel
Pengacara
Pelawak Danial Zaini dan penyanyi Naim Daniel mengendalikan pentas pertandingan secara bersama menerusi kemunculan sebagai pengacara.
Baca: Biodata Danial Zaini
Baca: Biodata Naim Daniel
Waktu Siaran
Penyiar televisyen rasmi, Astro Prima (saluran 105) membawakan ‘Suara Viral 2.0’ secara eksklusif dalam siaran konsert mingguan pada setiap hari Rabu, pukul 9 malam bermula 17 November 2021.
Tonton secara online menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Ikuti episod istimewa ‘Uji Bakat Suara Viral 2.0’ yang ditayangkan pada hari Rabu, bersamaan 10 November 2021, pukul 10 malam.
Rancangan yang memaparkan aktiviti para peserta sewaktu kelas vokal berjudul ‘Jom Intai Suara Viral 2.0’ yang berkonsepkan liputan kapsul pula menemui penonton pada setiap hari Selasa, pukul 7 malam mulai 16 November 2021.
Sedutan perjalanan dan persiapan peserta di belakang pentas sebelum konsert akan dimuatkan dalam kapsul ‘Menjelang Suara Viral 2.0’ yang ke udara pada setiap hari Rabu, jam 7 malam bermula 17 November 2021.
Baca: Info Penuh Program Suara Viral Musim 1 (2020)