Oleh pada 25 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Bagi peminat Neelofa sebagai pengacara, Next To Neelofa — sebuah rancangan televisyen Malaysia berkonsepkan bual bicara yang disiarkan di Astro Ria, dihoskan olehnya — terkenal sebagai salah satu program yang mendapat tempat di hati ramai.

Digarap secara santai, pengisian program ini menarik perhatian penonton kerana setiap episod diiringi dengan kisah figura terkenal tanah air — yang mungkin tidak pernah diperkatakan secara terbuka — melibatkan topik berkaitan kesihatan, cinta dan perhubungan, gaya dan kecantikan, isu wanita, keibubapaan dan kerjaya.

next to neelofa season 2

Kredit foto: Instagram Ria X

Next To Neelofa Musim 2

Untuk musim kedua, Next To Neelofa 2 yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 22 Oktober 2022, lebih padat dengan cerita-cerita menarik apabila Neelofa menemu bual para selebriti popular tanah air untuk berkongsi mengenai subjek yang paling dekat dengan mereka iaitu keluarga.

Lebih kisah yang menginspirasikan daripada artis jemputan kali ini. Lebih banyak ketawa, lebih banyak tangisan. Semestinya cerita yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform.

Selebriti undangan akan berkongsi kisah mereka yang tidak pernah didedahkan sebelum ini dalam perbualan mendalam, menyentuh topik keibubapaan, pendidikan, keluarga, kehidupan, cinta dan kesihatan.

Setelah menyambut kelahiran anak pertamanya awal tahun ini, Neelofa juga akan menyentuh topik keibubapaan dan kekeluargaan.

next to neelofa lisa surihani

Kredit foto: Instagram Meletop

Artis Jemputan

Tetamu undangan yang akan membuat kemunculan di Next To Neelofa musim kedua ialah Puteri Sarah Liyana, Mira Filzah, Ziana Zain, Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Tya Arifin, Ustazah Oki Setiana Dewi dan ibu Neelofa sendiri, Datin Noor Kartini.

Baca: Info Program Next To Neelofa Musim 1 (2020)

Episod 1 - Datin Lisa Surihani

Episod 2 - Ziana Zain 

Episod 3 - Mira Filzah

Episod 4 - Datin Noor Kartini

Episod 5 - Puteri Sarah Liyana

Episod 6 - Diana Amir

Episod 7 - Tya Arifin

Episod 8 - Ustazah Oki Setiana Dewi

    

next to neelofa episode

Kredit foto: Instagram Meletop

Waktu Siaran

Musim baru rancangan ini yang mengandungi sebanyak lapan episod, akan disiarkan mulai 22 Oktober 2022, setiap hari Sabtu pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, strim dalam talian (online) melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Kredit foto: Next To Neelofa Musim ke - 2 | Penuh Rahsia, Penuh Emosi | 22 Oktober, Sabtu, 10 Malam di Astro Ria




Hakcipta iluminasi.com (2017)