Oleh pada 20 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

"Malaysia, Jauhi Prasangka Pasti Ada Jawapannya"

Daripada penerbit The Masked Singer, Mystery Ranking Show Malaysia adalah sebuah rancangan game show terkini yang diadaptasi dari Korea Selatan dan telah dipopularkan dalam versi Vietnam dan Thailand.

Malaysia menjadi negara ketiga yang mengadaptasikannya.

‘Mystery Ranking Show Malaysia’ bakal membuka ruang perdebatan antara penonton dan panel selebriti dalam membuat tekaan ketika 'game misteri' ini sedang bersiaran.

Ia bakal menampilkan kelainan bersesuaian dengan permintaan penonton hari ini, bersama penglibatan para selebriti ternama negara, dilengkapi angkatan peserta yang hadir dengan pelbagai aksi yang mencuit hati.

mystery ranking show

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Format Program

Menerusi tema mingguan yang ditetapkan, lima orang peserta akan memasuki persaingan pada setiap episod.

Meskipun mereka berkongsi bakat atau elemen yang sama, namun kedudukan setiap satu daripada mereka adalah berbeza, berdasarkan kemampuan diri masing-masing.

Menariknya, rancangan ini mengetengahkan kebolehan atau skil yang pelbagai dan tidak hanya terhad membabitkan bidang hiburan sahaja.

Kelima-lima peserta akan tampil mempamerkan pelbagai jenis kebolehan untuk dipersembahkan di hadapan panel pembongkar.

Seterusnya, dalam mencari kedudukan para peserta ini, beberapa soalan akan diajukan oleh pembongkar atau panelis bagi mendapatkan petunjuk berdasarkan tema mingguan episod berkenaan.

Panel pembongkar mempunyai dua peluang untuk meneka kedudukan mereka, sekiranya tidak tepat maka denda bakal menanti ketua mingguan panelis.

mystery ranking show malaysia astro warna

Kredit foto: Instagram Didie Alias

Pengacara

Mystery Ranking Show Malaysia menampilkan hos Sherry Alhadad untuk mengemudikan pentas program signature kegemaran ramai ini.

Panel Pembongkar

Pemilihan panel pembongkar dibuat berdasarkan kemampuan mental yang dimiliki untuk bermain, selain sisi personaliti unik dan berbeza. Variasi personaliti ini akan menyaksikan sesi debat yang menarik untuk ditonton.

Empat selebriti tempatan yang mengisi peranan tersebut ialah:-

Adlin Aman Ramlie - Seorang yang bermulut laser dan suka mengutarakan lawak-lawak pedas. Meskipun membawa diri dengan keyakinan yang tinggi, namun beliau mempunyai kekurangan maklumat dalam menilai dan meneka peserta.

Catriona Ross - Catriona Ross bakal membawa watak alter ego ciptaannya iaitu Kak Kek, wanita yang berpesonaliti 'Kelantan', berusaha mengorek segala informasi daripada para pencabar.

Azad Jasmin - Menampilkan karakter mamak yang cukup sinonim dengan dirinya, Azad tampil berani mencabar para pencabar misteri dalam mendapatkan kebenaran.

Zulin Aziz - Beliau adalah panelis yang paling 'cool' dan santai ketika menjalankan soal siasat, serta sering mencatat segala data atau maklumat sebagai rujukan ketika melakukan penilaian di penghujung episod.

mystery ranking show malaysia minggu

Kredit foto: Instagram Ieda Moin Page

Panel Jemputan (Panel Kelima)

Posisi panel kelima bakal diisi oleh selebriti jemputan mingguan yang dipilih berdasarkan tema episod tersebut.

Mereka yang membuat kemunculan ialah:

1. Mawi

2. Shila Amzah

3. Mimi Fly & Sophia Liana

4. Dato’ AC Mizal

5. Ella

6. Shiha Zikir

7. Atu Zero

8. Norman Hakim

9. Didie Alias

10. Ieda Moin

11. Norreen Iman

Baca: Info Penuh Program I Can See Your Voice Malaysia Musim 5 (ICSYVMY) 2022

Pencabar Misteri

Pencabar misteri digunakan untuk melabel para peserta yang akan dinilai kedudukan mereka.

Barisan panelis dan penonton akan dicabar oleh mereka bagi membuat tekaan tentang kedudukan mereka, berpandukan soal jawab dan persembahan yang diberikan.

Bagaimanapun identiti mereka tidak akan didedahkan bagi mengelakkan penonton di rumah mencari maklumat di internet ketika rancangan bersiaran.

mystery ranking show malaysia episod

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Waktu Tayangan

'Mystery Ranking Show Malaysia' memulakan tayangan pada 20 Mei 2022 ini, dijadualkan pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam, eksklusif di saluran Astro Warna.

Untuk episod pertama, tayangan serentak juga boleh diikuti di Astro Ria dan saluran Youtube Astro Gempak.

Alternatif lain, penonton juga boleh melayari program ini secara online dengan menonton di penstriman On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

   

Kredit video: Mystery Ranking Show Malaysia 2022 Episod 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)