Oleh pada 05 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

‘GELAK: GEMPAK’ merupakan sebuah rancangan realiti pencarian bakat pelawak komedi berdiri atau komediri (‘stand-up comedian’) terbitan Astro dengan kerjasama LOL Asia.

   

peserta gelak gempak

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsep

Umum mengetahui bahawa genre lawak stand-up atau komediri lebih terarah kepada masyarakat bandar dan bersifat urban.

Mengambil langkah membawa genre komedi ‘Stand Up’ kepada capaian audiens yang lebih meluas, Astro membawakan 'Gelak: Gempak' sebagai kesinambungan kepada kelahiran bakat-bakat komedi Astro sebelum ini seperti Zizan Razak, Johan, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Terbitan ini diharapkan mampu diraikan sama tinggi seperti kategori program lawak berbentuk komedi sketsa (Maharaja Lawak Mega) dan komedi muzikal (Muzikal Lawak Superstar).

   

Peserta

1. Juliana Heng, 31

2. Kanmani, 43

3. Shashic Iewan, 30

4. Nizam Jentik-Jentik, 40

5. Phoon Chi Ho, 37

6. JD, 42

7. Sofwan Roos, 28

8. Farid Azmeir, 27

9. Rizal Van Geyzel, 28

10. Ayim Razak, 25

11. Young Arin, 27

12. Bob Usop, 31

13. Mad Sabah, 33

14. Abe Latte, 36

15. Garam, 37

16. Abdullah Mazlan, 31

   

Juri

Penilaian sepenuhnya oleh juri profesional yang dibarisi pelawak-pelawak popular tanah air iaitu Dato’ Afdlin Shauki, Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, pelawak komediri yang tidak asing lagi, Prakash Daniel mengambil peranan sebagai jurulatih jemputan para peserta.

Harith Iskander dan Douglas Lim mengisi ruang sebagai juri serta mentor jemputan.

   

gelak gempak minggu

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Format Penjurian

Kriteria yang menjadi bahan penilaian adalah tahap kreativiti, persembahan pentas dan isi kandungan jenaka.

Hadiah

Juara bakal menerima ganjaran wang tunai RM 25,000 sumbangan Astro, manakala kedudukan kedua dan ketiga menerima habuan RM 7,000 dan RM 3,000.

Ketiga-tiga pemenang juga bakal dikurniakan trofi.

   

Rakan Digital Rasmi

Zon Lawak di bawah jenama Gempak bertindak sebagai Rakan Digital Rasmi.

   

gelak gempak astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Tempoh Siaran

Ke udara selama 10 episod.

   

gelak gempak 2021

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Waktu Siaran

Ditayangkan di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) bermula 5 Februari 2021 pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Juga boleh dinikmati secara percuma oleh pelanggan Astro di aplikasi Astro GO dan on demand.

   

Kredit video: Pencarian pelawak superstar ‘stendap’ pertama - #GelakGempak​

   

Sumber:

1. Hadiah RM25,000 menanti juara program pencarian pelawak komediri baharu Astro

2. Instagram Zon Lawak

3. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)