Oleh pada 02 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Lebih sedekad berlalu, sudah tiba masanya untuk kumpulan Sepahtu mendapatkan seorang pelawak baharu bagi dijadikan salah seorang anggota kumpulan mereka.

Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) adalah sebuah program realiti berkonsepkan pencarian bakat komedi yang juga platform pencarian ahli baru kumpulan lawak nombor satu Malaysia itu.

mencari sepatu yang hilang 478

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsep

12 peserta dan bakal pelawak Malaysia baharu akan bertanding sesama sendiri menerusi pertandingan komedi mingguan, yang mana kualiti persembahan mereka diperlihatkan di hadapan para juri tetap terdiri daripada ahli kumpulan Sepahtu sendiri.

Bakat baharu dunia lawak yang tampil dengan pendekatan segar dan kontemporari ini akan dijadikan pelapis pentas lawak tanah air masa hadapan.

Lebih mengujakan, salah seorang daripada mereka akan terpilih untuk menjadi ahli baru kumpulan Sepahtu, bagi melengkapkan senarai anggota sedia ada.

Sepahtu diberi mandat untuk mencari sendiri seorang pemenang solo dari barisan finalis untuk mengisi tempat dalam kumpulan lawak tersohor itu.

Penilaian akan mengambil kira skil lawak individu tersebut, tahap pencapaian dan persembahan mingguan beliau, idea dan kreativiti serta faktor-faktor sampingan lain.

peserta mencari sepahtu yang hilang 698

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Ujibakat

Ujibakat membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Penyertaan ujibakat dibuat secara atas talian dari tarikh 1 Jun hingga 31 Ogos lalu.

Peluang itu telah disambut baik hampir 1,000 penyertaan solo dan berkumpulan (tidak melebihi tiga orang untuk setiap kumpulan) menerusi platform rasmi, Astro Gempak.

Kesemua penyertaan yang dihantar telah diadili sendiri oleh ahli kumpulan Sepahtu bersama pihak produksi untuk mendapatkan senarai 30 kumpulan yang disenarai pendek bagi jemputan menghadiri sesi ujibakat secara fizikal yang diadakan di Kuala Lumpur.

Akhir sekali, hanya 12 kumpulan peserta dari penyertaan solo, duo dan trio yang dipilih untuk menembusi penyertaan peserta Top 12 program terbaharu terbitan saluran Astro Warna itu.

Peserta

12 kumpulan peserta terdiri daripada solo, duo dan trio diketengahkan untuk mempersembahkan bakat komedi masing-masing dalam pertandingan mingguan yang disiarkan secara langsung di kaca TV.

Dua di antara mereka merupakan anak kepada pelawak lagenda, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali sebagai Mr. Os iaitu kumpulan Arteh yang dianggotai Hafizul dan abangnya, Hazwan.

Untuk senarai penuh nama peserta yang terlibat, baca artikel: Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (Astro Warna)

mencari sepahtu yang hilang minggu 557

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Juri

Barisan juri profesional adalah terdiri daripada ahli kumpulan Sepahtu sendiri iaitu Jep, Rahim dan Ilya Buang (Pak Ya) yang menggalas peranan untuk melakukan tugas-tugas pemarkahan.

Baca: Biodata Jep Sepahtu

Baca: Biodata Rahim Sepahtu

Baca: Biodata Pak Ya Sepahtu

Baca: Biodata Shuib Sepahtu

Format Penjurian

Tiga kriteria utama diambil kira dalam proses pemberian markah iaitu Idea (35%), Kreativiti (35%) dan Jalan Penceritaan (30%).

Seperti pertandingan realiti lain, para peserta tidak terlepas untuk melalui segmen penyingkiran yang akan mengorbankan impian peserta dengan mata terendah.

Hadiah

Wang kemenangan RM30,000 berserta trofi menanti juara di peringkat akhir, manakala RM15,000 berserta trofi buat naib juara dan tempat ketiga akan membawa pulang RM9,000.

Sementara tangga keempat akan beroleh RM6,000 dan kelima dengan RM3,000.

Kesemua finalis akhir juga dikurniakan sebuah trofi sumbangan Astro.

mencari sepahtu yang hilang live 118

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Tenaga Pengajar

Menggunakan khidmat pelawak dan pelakon Ebby Yus serta penggiat teater, pelawak dan pelakon, Datin Marlia Musa bertindak sebagai Mentor kepada para peserta bagi mempersiapkan diri menghadapi pentas pertandingan mingguan.

Pengacara

Rancangan dihoskan oleh pelakon Ramona Zamzam dan pelawak Jiggy Masin yang bertugas sebagai pengemudi edisi sisipan di belakang pentas.

Tempoh Siaran

Program realiti ini akan dilaksanakan selama lapan (8) minggu berturut-turut.

sepahtu yang hilang 888

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Waktu Siaran

Mencari Sepahtu Yang Hilang disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (CH 107) pada setiap hari Khamis, pukul 9 malam, bermula 2 Disember 2021.

Tonton secara strim menerusi platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sumber:

1. Zon Lawak

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)