Kredit foto: Instagram Spark Malaysian Club

    

Zul Huzaimy merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, kelahiran Grik, Perak. Memulakan karier seninya di pentas teater, beliau kini telah membintangi puluhan karya di televisyen mahupun layar perak.

Beliau kini dikenali sebagai pengasas Spark Malaysian Club (SMC) iaitu sebuah kelab permotoran bertujuan untuk menyatukan semua pengguna motosikal di Malaysia.

     

Biodata

1. Nama sebenarnya, Zul Huzaimy bin Marzuki. Dikenali sebagai Zul Huzaimy.

2. Lahir pada 4 Disember 1978 di Grik, Perak, Malaysia.

3. Berusia 41 tahun.

4. Berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 1997 sebagai pelakon, pengacara, pelawak, penulis skrip, komposer dan pengarah.

5. Sebelum bergelar pelakon, beliau pernah berkhidmat di stesen televisyen pendidikan negara, TV Pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. Memulakan karier seninya sebagai pelakon teater sebelum membintangi pelbagai filem dan drama tempatan.

7. Antara filem lakonannya seperti Embun, Lang Buana, KL Menjerit 1, Remp-It, Impak Maksima dan Mat Moto.

8. Pembabitan di layar kaca menerusi drama Mengejar Pelangi, Mentari Jingga, Rambong, Kau Laksana Bulan, Seindah Sakura, Kerambit dan Aku Cinta Dia.

9. Termasuk telefilem Teh Tarik Kurang Manis, Kenapa Aku Mencuri, Badut Tua, Amnnesia Pelamin Erina, Ketupat Buat Nenek dan banyak lagi.

10. Bakatnya telah diiktiraf di Festival Filem Malaysia ke-21 sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Selain itu, beliau adalah penerima Anugerah Khas Jiwa P.Ramlee di Tribute P. Ramlee 2015 dan Drama Lakonan Radio Terbaik di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018.

11. Menamatkan zaman bujang dengan Nor Dalilah Muhammad pada tahun 2006 sebelum berpisah pada 2010. Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Nur Ernawati Mohamad Nor pada Februari 2015.

    

Foto

instagram zul huzaimy

zul huzaimy wife

anak zul huzaimy

adik beradik zul huzaimy

keluarga zul huzaimy

Kredit foto: Instagram Spark Malaysian Club

    

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

    

Sumber:

1. Wikipedia Zul Huzaimy

2. Dipanggil ‘Mat Rempit’, Zul Huzaimy Terasa Diperli

3. Zul Huzaimy, Isteri Cerai Talak Dua

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)