Oleh pada 24 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

Seindah Tujuh Warna Pelangi merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2020 arahan Eoon Shuhaini, lakonan utama Nabila Razali dan Aeril Zafrel.

Siri adaptasi novel dengan judul sama karya E-Man Sufi ini menemui penonton Slot Akasia TV3 mulai 24 Februari 2020 menggantikan drama Seadanya Aku.

    

sinopsis seindah tujuh warna pelangi 546

Kredit foto: Instagram Eoon Shuhaini

    

Sinopsis

Aira Tihani pulang ke kampung halamannya selepas tiga tahun menghilangkan diri.

Kerinduannya terhadap ahli keluarga termasuk anak yang ditinggalkan terubat, namun tidak buat bekas suaminya, Andika Iman!

Andika yang menjadi punca mereka berpisah, bagaimanapun cuba merendahkan ego bagi memujuk kembali hati Aira yang benar-benar terluka.

Tiada ruang buat Andika dalam hati Aira, sebelum satu tragedi yang mengakibatkan Aira hilang ingatan.

Peluang itu digunakan Andika untuk merebut kembali cinta Aira.

    

novel seindah tujuh warna pelangi

Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel

    

Pelakon

Menampilkan gandingan Nabila Razali dan Aeril Zafrel.

Turut dibintangi Hun Haqeem, Raja Afiq, Elly Mazlein, Sarah Hildebrand, Aidil Aziz, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Wilma Muhammad, Riz Amin, Wanns Ahmad, Hairie Othman, Cassia Iman, Dato' Jalaluddin Hassan, Sahronizam Noor dan Laila Nasir.

    

Baca: Biodata Pelakon Nabila Razali

Baca: Biodata Pelakon Aeril Zafrel

Baca: Biodata Pelakon Hun Haqeem

Baca: Biodata Pelakon Wanns Ahmad

Baca: Biodata Pelakon Elly Mazlein

Baca: Biodata Pelakon Sarah Hildebrand

Baca: Biodata Pelakon Aidil Aziz

Baca: Biodata Pelakon Nazeera Sardi

Baca: Biodata Pelakon Wanna Ali

Baca: Biodata Pelakon Riz Amin

    

seindah tujuh warna pelangi episod

Kredit foto: Instagram Saphire Screen Sdn.Bhd

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada penerbitan Saphire Screen Sdn Bhd dan di bawah arahan Eoon Shuhaini yang merupakan sutradara drama-drama popular seperti Pujaan Hati Kanda, Love You Mr. Arrogant, Tiada Arah Jodoh Kita, Lelakimu Yang Dulu dan Camelia.

   

Kredit video: Sinar Cinta - Hafiz Suip | Official Lyric Video

    

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Sinar Cinta

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali dan John Jeevasingham

Lirik: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali, John Jeevasingham, D Hasniza dan Arisz Ab Rahman

    

seindah tujuh warna pelangi pelakon

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

    

Waktu Siaran

Tayangan 28 episod dari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 - menerusi slot Akasia, mulai 24 Februari 2020.

     

Kredit video: Seindah 7 Warna Pelangi Episod 1

    

Sumber:

1. Goodreads Seindah Tujuh Warna Pelangi

2. Menang dua trofi AJL34, Hafiz pertaruh Sinar Cinta

3. Wikipedia Slot Akasia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)