hh

Oleh pada 08 Aug 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Drama Dulu Dollah Daebak akan menemani penonton di slot Akasia, menggantikan siri Nuh & Nayla.

        

dulu dollah daebak episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Dulu Dollah Daebak secara ringkasnya mengisahkan tentang dua sahabat yang terpisah, bertemu semula sebagai bos dan pekerja, di mana salah seorangnya menyembunyikan identitinya akibat perubahan yang ketara.

       

sinopsis dulu dollah daebak

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Penonton boleh menikmati episod baharu drama ini 24 jam lebih awal di platform Tonton sebelum ditayangkan di kaca TV.

        

Sinopsis

Dollah dan Doli, sahabat karib sejak kecil, pernah berjanji untuk berkahwin apabila dewasa. Namun, takdir memisahkan mereka, meninggalkan Dollah dirundung rindu dan sering membaca semula surat-surat lama Doli. Dollah, yang dahulunya tampan, kini berubah menjadi selekeh dan tidak terurus akibat tekanan bekerja di sebuah syarikat sejuk beku, di mana dia sering dibuli oleh bos dan rakan sekerjanya.

Di seberang lautan, Doli pula merasakan kekosongan tanpa Dollah di sisinya. Selepas bertahun-tahun menetap di Australia, Doli pulang ke Malaysia dengan tekad untuk mencari pekerjaan dan menjejaki semula Dollah. Tanpa disedari Dollah, Doli akhirnya menjadi bosnya di tempat kerja. Namun, perubahan penampilan Dollah yang ketara membuatkan Doli tidak mengenalinya, ditambah pula dengan nama panggilan berlainan yang digunakan di pejabat.

Dollah yang terkejut dengan kehadiran Doli, memilih untuk berdiam diri kerana malu dengan perubahannya yang jauh berbeza daripada dirinya yang dulu.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Melayu Terakhir (Slot Samarinda TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu (Astro Warna & Sooka)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

        

dulu dollah daebak drama

Kredit foto: Instagram Zgp Pictures Sdn Bhd

        

Pelakon / Cast

Dalam drama ini, Sean Lee dan Sharifah Rose berdiri sebagai pemain watak utama.

        

dulu dollah daebak pelakon

Karya ini tidak mengadaptasi mana-mana novel sebagai sumbernya. Kredit foto: Instagram Zgp Pictures Sdn Bhd

         

Pelakon terkenal tanah air yang turut menyumbang bakat mereka termasuk Riena Diana, Norish Karman, Sera Melissa, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Kenji Sawahi, Amyza Aznan dan Zizan Nin.

Juga terlibat, Sazrin Aizul, Farez Ridzwan, Dr Katalina, Saiful Ghaz, Kitt Poon, Pok Muda, Tou Kyzer, Adrianna Qasmia dan Malaeka Humaira.

       

Watak Pelakon

Sean Lee sebagai Dolah / Affan

Sharifah Rose sebagai Dolli / Dura

Norish Karman sebagai Roha

Riena Diana sebagai Fisya

Sera Melissa sebagai Fasya

Syazuwan Hassan sebagai Fattah Amir

Kenji Sawahi sebagai Jamil

Afifah Nasir sebagai Zara

Amyza Aznan sebagai Shima

Zizan Nin sebagai Syamsul

Sazrin Aizul sebagai Kamal

Farez Ridzwan sebagai Ray

Dr Katalina sebagai Nora

Saiful Ghaz sebagai Saiful

Kitt Poon sebagai Steven

Pok Muda sebagai Pokya

Tou Kyzer sebagai Dolah Kecil

Adrianna Qasmia sebagai Doli Kecil

Malaeka Humaira sebagai Fasya Kecil

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan Eoon Shuhaini, drama ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, dengan skrip hasil tangan penulis Wan Mahani Wan Hassan dan Liza Ali.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Only With You

       

Tajuk: Only With You

Penyanyi: Aqmal Ramdan

Komposer: Omar K

Penulis lirik: Omar K

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Dari 8 Ogos 2024, Dulu Dollah Daebak akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam, sebagai kandungan baru yang menyerikan slot Akasia di TV3.

Di platform Tonton, penonton dapat menonton drama ini lebih awal, dengan episod baharu tersedia 24 jam sebelum ditayangkan di TV.

        

Tajuk cerita? Dulu Dollah Daebak

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 7 petang

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)