Kredit foto: Instagram @hunhaqeem

Biodata

1. Pemilik nama penuh Haqeem bin Hermy. Merupakan bakat baharu yang kini menjengah usia 21 tahun.

2. Kelahiran Kuching, Sarawak pada 7 Januari 1998, berdarah kacukan Melayu-Cina dan beragama Islam.

3. Berkelulusan dalam jurusan perakaunan dan kewangan daripada Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur.

4. Berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon dan model sejak tahun 2018.

5. Antara drama dibintanginya seperti Cari Aku Di Syurga dan Tasbih Usang.

6. Bernaung di bawah syarikat pengurusan, MIG Productions.

7. Mendapat perhatian kerana raut wajahnya yang dikatakan persis artis Korea.

       

Baca: 5 Fakta Hun Haqeem Yang Pasti Buat Anda Terkejut!

Baca: Pernah Cecah 120 kg! Tak Sangka Ini Foto-Foto Hun Haqeem Sewaktu Gemuk

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Angkara Cinta Yang Ramai Tak Tahu!

        

Info Drama Cari Aku Di Syurga

  • Di bawah arahan Shahrulezad Mohameddin dan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd.
  • Mengetengahkan genre drama, konflik, cinta dan kekeluargaan.
  • Selain Hun Haqeem yang memegang watak Ariff, drama 17 episod ini turut dibintangi Aeril Zafrel sebagai Anas, Janna Nick (Lisa), Mimi Lana (Mira), Duerra Mitilda (Suri), Maria Farida (Rosmah), Delimawati (Mak Temah), Aishah Atan (Kak Midah Janda), Shahriza Mahmud (Che Pah) dan Muaz Fitri (Cikgu Haikal). 
  • Mula ditayangkan pada 6 Mei hingga 3 Jun 2019 menerusi slot Samarinda, siaran TV3.
  • Lagu 'Bukan Cinta' dendangan Amylea dan Tiada Dirimu (Shila Amzah) dipilih sebagai lagu tema yang menghiasi pembukaan dan penutup setiap episod.
  • Mengisahkan hubungan cinta dua darjat antara Anas dan Lisa yang mana mereka masing-masing dibesarkan dalam persekitaran hidup yang berbeza. Anas seorang anak kampung, manakala Lisa dimanjakan dengan kemewahan sedari kecil. Hubungan mereka bagaimanapun mendapat tentangan hebat ibu Lisa yang memandang rendah taraf hidup Anas.

          

Foto

biodata hun haqeem pelakon drama cari aku di syurga 2

biodata hun haqeem pelakon drama cari aku di syurga 3

biodata hun haqeem pelakon drama cari aku di syurga 4

biodata hun haqeem pelakon drama cari aku di syurga 5

biodata hun haqeem pelakon drama cari aku di syurga 6

Kredit foto: Instagram @hunhaqeem

Video

Kredit video: Youtube Metrowealth Pictures

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Youtube Metrowealth Pictures

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)