Oleh pada 21 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Setelah Ku Dimiliki

    

Novel Setelah Ku Dimiliki tulisan Zaza Qry bakal menemui penonton dalam versi drama tidak lama sahaja lagi.

Tambah menarik, drama rantaian ini akan bersiaran di slot popular, Akasia dengan menggandingkan nama-nama terkenal masa kini sebagai pendukung watak.

Untuk info lanjut, kami kongsikan butirannya.

   

setelah ku dimiliki episod

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

    

Sinopsis

Terkejut Sarrafia dibuatnya apabila diperkenalkan buat pertama kali dengan Adriz. Namun lelaki itu seolah buat tak tahu walhal sudah melihat wajahnya.

“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” - Adriz

Berang Sarrafia mengenangkan dirinya sering diekori lelaki itu.

“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” - Adriz

“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia

Namun Sarrafia akhirnya akur menerima permintaan Adriz. Jauh di lubuk hatinya menyimpan rasa yang sukar ditafsir.

Meskipun enggan mengecapi bahagia, sukar untuk menafikan rasa cinta yang terbit buat lelaki itu. Biarlah masa memberikan jawapan adakah kebahagiaan layak dimiliki mereka.

    

sinopsis drama setelah ku dimiliki

Kredit foto: Instagram Setelah Ku Dimiliki

    

Pelakon

Meletakkan Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah di barisan teraju utama, dibantu para pelakon sampingan seperti Adeline Tsen, Fahmy Reza, Rahim Omar, Syifa Melvin, Hilal Azman, Aleza Shadan dan Zaki Azman.

    

novel setelah ku dimiliki

Kredit foto: Instagram Setelah Ku Dimiliki

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya daripada garapan sutradara filem Ombak Rindu, Osman Ali yang juga terkenal dengan beberapa filem arahannya yang lain seperti Kau Yang Satu, Pilot Cafe, Pinjamkan Hatiku, termasuk drama Isteri Bukan Untuk Disewa.

    

Kredit video: Ara Johari - Bunga [Official Music Video]

   

Lagu Tema (OST)

Single Bunga dipilih sebagai lagu runut bunyi yang mana lagu dendangan Ara Johari ini pernah diangkat sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-33.

   

sinopsis novel setelah ku dimiliki

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Akan datang mulai Oktober 2019 menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di saluran TV3.

     

Kredit video: Di Sebalik Tabir Setelah Ku Dimiliki

   

Sumber:

1. Setelah Ku Dimiliki (Novel Diadaptasi Ke Drama)

2. Wikipedia Slot Akasia

3. Wikipedia Osman Ali

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)