Kredit foto: Instagram @aeril_zafrel

Biodata

1. Pemilik nama penuh Suhairil bin Sunari. Dikenali sebagai Aeril Zafrel.

2. Kelahiran Rengit, Batu Pahat, Johor pada 2 Disember 1988.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Berketinggian 174 sentimeter.

5. Merupakan pelakon dan model yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2006.

6. Bapa angkatnya, Allahyarham Khairil Khamis merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya dalam dunia hiburan. Khairil bagaimanapun meninggal dunia pada 2010.

7. Mencipta nama menerusi drama Kisah Kaisara, Cinta Jannah, Cerita Cinta Kita, Hidayahmu Ramadhan dan Patahnya Sebelah Sayap.

8. Antara lain, beliau pernah membintangi drama K.I.T.A., KL Rock N Roll, Janji Shirah, Akulah Balqis, Nahu Rindu, My Sweet Lavender, Mandatori, Zahir Tak Terucap, Cinta Fatamorgana, Menggapai Awan, Jibril, Mencari Qiblat, Cinta Tanpa Henti dan Cari Aku Di Syurga.

9. Juga telefilem Tok Bah, Perempuan Neraka, Kenapa Aku Binti Abdullah, Sungai Lui, Cinta Mat Semperit, Cikgu Bidan, Cik Puan Sinderella, Dia Imamku, Buku Cinta Abah, Biarkan Cinta Tersenyum Lagi, Nota Silam, Kita Bukan Anjing, Negaraku 16 September, Sekolah Api, Genesis dan banyak lagi.

10. Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Aku Tak Bodoh, Cinta Kura-Kura, 7 Petala Cinta, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Budak Pailang, 99 Kali Rindu, CCTV, Saga Berterusan, #ER3 Ertiga dan 7ujuh. Akan datang bakal terbit dalam filem KL Vampires, Musyrik, 300 Nautika dan Omerta.

11. Diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Telenovela di Anugerah Telenovela 2018. Manakala drama lakonannya, Hidayahmu Ramadan merangkul Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2015.

12. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013, diserikan kehadiran dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Foto

biodata aeril zafrel pelakon drama cari aku di syurga 2

biodata aeril zafrel pelakon drama cari aku di syurga 3

biodata aeril zafrel pelakon drama cari aku di syurga 4

biodata aeril zafrel pelakon drama cari aku di syurga 5

biodata aeril zafrel pelakon drama cari aku di syurga 6

biodata aeril zafrel pelakon drama cari aku di syurga 7

Kredit foto: Instagram @aeril_zafrel

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Says




Hakcipta iluminasi.com (2017)