Kredit foto: Instagram @zalifsidek

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Md Zalif Naquiyudin bin Wan Abu Bakar Sidek. Popular sebagai Zalif Sidek.

2. Kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia pada 1 Ogos 1985.

3. Berumur 34 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Bergelar pelakon sejak tahun 2007.

6. Sebelum terjun ke bidang seni, beliau terlebih dahulu menjayakan beberapa iklan komersial sekitar tahun 2007, antaranya iklan Digi, Maxis, Astro First, Expedia, Kentucky Fried Chicken (KFC), Wonda Coffee dan Panadol Soluble Actifast.

7. Pernah menjadi sebutan kerana watak 'Yellow Man' yang dibawakannya dalam sebuah iklan syarikat telekomunikasi.

8. Pada 2008, beliau diberi peranan sebagai Pegawai Perhubungan Awam di KRU Studios selama tiga tahun.

9. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Rafidah Ibrahim yang juga sepupu kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, sebelum ikatan itu terputus kerana tiada persefahaman.

10. Membintangi filem Bini-Biniku Gangster, Papa I Love You, Hantu Dalam Botol Kicap, Aji Noh Motor, Aku Terima Nikahnya, Budak Pailang, Ajiboy, Pada Suatu Cinta Dahulu, Langgar, Bencinta, Jangan Pandang Belakang Boleh, Lu, Gua, Bro dan Tiada Tajuk.

11. Juga drama Paan & Faiz, Tanah Kubur (Musim 9), Love You, Mr. Arang, Sejuta Rasa Buat Adelia, Budak Usin, Destinasi Ukhuwah dan Selipar Jepun Stiletto Merah.

12. Terkini, beliau mencuri perhatian menerusi drama rantaian, Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin, yang antara lain menampilkan pelakon Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Azhan Rani, Atiq Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.

13. Memiliki syarikat produksi sendiri yang dinamakan Shapeway Entertainment.

14. Pernah menjadi artis naungan pengurusan Metrowealth (MIG) selama lima tahun dengan ketika itu beliau telah membintangi 15 filem, sebelum beralih menguruskan sendiri kerjayanya berbekalkan pengalaman yang diperoleh.

Foto

biodata zalif sidek pelakon drama nur 2 2

biodata zalif sidek pelakon drama nur 2 3

biodata zalif sidek pelakon drama nur 2 4

biodata zalif sidek pelakon drama nur 2 5

biodata zalif sidek pelakon drama nur 2 6

Kredit foto: Instagram @zalifsidek

Video

Kredit video: Youtube Maxis

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)