Kredit foto: Instagram Issey

    

Issey Fazlisham merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3 berjudul Nasi Kerabu Untuk Che Abe.

Garapan sutradara Heykal Hanifah itu antara lain menampilkan Izzue Islam, Elisya Sandha, Scha Elinnea, Syainie Aida Shuhaimi, Neera Azizi, Danny X-Factor, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Fazlisham bin Mat Hussin.
  • Menggunakan nama komersial, Issey Fazlisham dan Issey Titan.
  • Berumur 33 tahun.
  • Kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 26 Jun 1987.
  • Berkecimpung dalam dunia seni hiburan sejak tahun 2013 sebagai pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio.
  • Antara drama dibintanginya seperti Mat Three Four, Kau Aku Kita, Pengembaraan Jason Murad, Mocha Kau Bahagia, Kalis Kasih dan Nasi Kerabu Untuk Che Abe.
  • Termasuk telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing, Cik Sayur Encik Seafood, Mat Chia Chia, Kebaya Mek Hwa, Baju Raya Eksklusif, Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati dan banyak lagi.
  • Menerusi program Bintang Mencari Bintang, beliau menganggotai kumpulan lawak Titan bersama Ammar Titan untuk edisi 2013 dan 2015, selain berentap secara solo untuk edisi 2018.
  • Turut mengambil tempat dalam Muzikal Lawak Superstar 2019 menerusi kumpulan Titans (bersama Ain Edruce dan Ammar Titan) dan Super Spontan Megastar 2020.
  • Bergelar artis rakaman di bawah naungan syarikat Datu Entertainment menerusi penerbitan single sulungnya yang berjudul Alololo ciptaan Mr. Yin, manakala lirik nukilannya sendiri, terbitan 2018.
  • Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan beberapa program televisyen popular, antaranya Mentor Milenia, Bang Bang Boom dan Sarapan.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 21 Ogos 2016. Beliau kemudian berkongsi hidup dengan Noor Aimi Mohamed Jamel, seorang ibu tunggal anak tiga yang dinikahinya pada 22 Disember 2019.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @isseyfazlisham sehingga kini diikuti lebih 724,000 peminat.

   

Fakta Menarik

  • Mengusahakan perniagaan makanan, JMT Kafe yang terletak di Segambut.
  • Pernah menggunakan nama 'Issey Hussin' dengan tujuan untuk mengembangkan karier seni kerana enggan dipengaruhi dengan nama Titan yang pernah dianggotainya ketika bersaing di Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama pada 2013.
  • Pernah memegang peranan sebagai ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma yang menjayakan Konsert Lentera Timur Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada Oktober 2013 di mana ketika itu beliau memegang peranan sebagai tukang karut.
  • Beliau yang bertugas sebagai juruhebah di konti radio Hot FM dalam rancangan Jam Hot dari tahun 2016 hingga 2018, kini beralih ke stesen radio Suria FM dalam rancangan Team Pagi Suria dan Carta Suria Top 40.
  • Ibunya, Asiah Haron meninggal dunia pada 23 Julai 2019 selepas mengalami serangan jantung.

         

Foto

issey

issey fazlisham

isteri issey

issey dulu

instagram issey

issey titan

wikipedia issey

issey kahwin

pelakon nasi kerabu untuk che abe 944

Kredit foto: Instagram Issey

   

Video

Kredit video: Issey - Alololo (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Issey tak buat salah, tinggal cara baik

2. Issey susun karier solo

3. Issey ‘off market’, selamat akhiri zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga

4. Ibu Issey meninggal dunia

5. Wikipedia Issey

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)