Biodata

Nama penuh: Mohamad Danial Mohd. Zaini

Nama popular: Danial Zaini

Umur: 25 tahun (2018)

Asal: Bayan Baru, Pulau Pinang

Pekerjaan: Pelawak, penyanyi, pelakon dan penyampai radio

Media sosial: Instagram @danialzain1

Fakta Menarik

1. Bekas juruvideo di syarikat Utusan Melayu.

2. Bakatnya dicungkil daripada program pencarian bakat komedi, Lawak Solo.

3. Ingin menjadi artis serba boleh, bukan sekadar pelawak. Turut meminati bidang lakonan, pengacaraan dan pengarahan.

4. Suka meniru (impersonate) suara beberapa selebriti terkenal sejak kecil, antaranya penyanyi Mawi. Beliau menggunakan kelebihan itu untuk menyertai pelbagai pertandingan, apatah lagi selepas mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya.

5. Menyambung pengajian dalam jurusan Penyiaran dan Filem di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC).

6. Kemudiannya, beliau aktif berkongsi video-video rakaman lucu di aplikasi Vine.

7. Mengembangkan bakat komedi dengan melibatkan diri dalam pementasan-pementasan teater anjuran Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.

8. Pada Disember 2016, beliau menjuarai rancangan realiti Lawak Solo sekaligus melayakkannya memenangi wang tunai RM80,000.

9. Pada Februari 2017, Danial terpilih sebagai penyampai stesen radio Era FM dengan kontrak selama dua tahun. Lantas, beliau mengambil keputusan untuk berhenti sebagai jurufoto sebuah akhbar yang juga merupakan pekerjaan tetapnya bagi memberikan tumpuan penuh terhadap karier sebagai pelawak yang semakin berkembang.

10. Pada bulan sama, beliau terpilih menjadi salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega 2017 bersaing dengan barisan pelawak handalan lain.

11. Terkini iaitu pada hujung tahun 2018, beliau memulakan karier sebagai penyanyi menerusi single sulung, Siti Bilang Cuti, karya ciptaan Harry Khalifah sementara senikatanya ditulis oleh Peter Parker. Video muzik lagu itu menduduki tangga pertama carta trending Youtube Malaysia.

Foto

biodata danial zaini penyanyi lagu siti bilang cuti 2

biodata danial zaini penyanyi lagu siti bilang cuti 3

biodata danial zaini penyanyi lagu siti bilang cuti 4

biodata danial zaini penyanyi lagu siti bilang cuti 5

biodata danial zaini penyanyi lagu siti bilang cuti 6

biodata danial zaini penyanyi lagu siti bilang cuti 7

Video

Kredit:

1. Kosmo

2. Astro Gempak

3. Mstar [1, 2]

4. Instagram Danial Zaini




Hakcipta iluminasi.com (2017)