Oleh pada 10 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Hantu Bonceng 2.0 merupakan sebuah filem Malaysia 2021 bertemakan komedi seram dengan gabungan sub-genre aksi permotoran motosikal.

Filem ini merupakan sekuel kepada filem tahun 2011 bertajuk Hantu Bonceng yang meraih kutipan pawagam melebihi RM8.5 juta.

Hantu Bonceng 2.0 berada di bawah arahan sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dengan menampilkan pelakon Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Atu Zero, Shiha Zikir, Joey Daud, Sharif Zero dan lain-lain.

   

Ditayangkan di saluran pawagam rumah, Astro First mulai 11 Februari 2021.

   

hantu bonceng

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Amran dan Kunyit bersama rakan-rakan 'mat motor' mereka sedang dalam perjalanan untuk bercuti di Frasers Hill, namun motor Kunyit mengalami kerosakan di pertengahan jalan.

Seorang gadis misteri bernama Ayu mempelawa Kunyit bersama teman wanitanya, Maya serta Amran untuk bermalam di Everlast Hotel, sebuah hotel yang usang, manakala rakan-rakan 'mat motor' mereka yang lain meneruskan perjalanan ke destinasi.

Ketika berada di hotel berkenaan, Amran dan Kunyit mendapati para pekerja di sana mempunyai karakter yang aneh, malah terpaksa berhadapan dengan beberapa peristiwa menakutkan.

Amran mendapat mimpi seorang wanita yang memohon pertolongannya dengan memberikan beberapa petunjuk.

Ketika terjaga keesokan hari, mereka mencari jawapan di sebalik misteri yang dialami, lalu  terjumpa beberapa bukti dan petunjuk siri pembunuhan dengan penemuan ngeri yang mengejutkan.

Baca: 5 Filem Permotoran Tempatan Wajib Ditonton 'Mat Motor'

sinopsis hantu bonceng 2 0

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon

Lakonan Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Shiha Zikir, Atu Zero dan Joey Daud.

Turut menampilkan Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Sangeeta Krishnasamy, Acong Sweetchild, Erryn Abdullah, Chew Kin Wah, Soya dan Rashdan Baba.

Baca: Biodata Zizan Razak

Baca: Biodata Shiha Zikir

pelakon hantu bonceng

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah Yusry Abdul Halim terbitan produksi Excellent Pictures Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Shiha Zikir ft. Noki | AEWO | Official Music Video | Todak Music

Tajuk : AEWO

Penyanyi : Shiha Zikir ft. Noki

Komposer : Ezra Kong

Penulis lirik : Ezra Kong & Noki

hantu bonceng 2 0 movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tarikh Tayangan

Berada dalam senarai tayangan saluran pawagam rumah, Astro First (saluran 480) mulai 11 Februari 2021.

Harga langganan sebanyak RM15 untuk tayangan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

   

Juga boleh distrim di platform Astro Go dan On Demand.

Cara Langgan Astro First

1. Pergi ke saluran 480 untuk pilih filem.

2. Turuti beberapa langkah mudah di skrin televisyen.

3. Kirimkan kod langganan yang dinyatakan menerusi SMS atau aplikasi Whatsapp.

   

Kredit video: HANTU BONCENG 2.0 - OFFICIAL TRAILER

   

Sumber:

1. Wohoo! Selepas 10 Tahun, Zizan Kembali Dalam Hantu Bonceng 2.0

2. Hantu bonceng 2.0 'masuk' rumah

3. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)