Oleh pada 19 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penunggang Agama 2 merupakan sebuah filem Malaysia 2021 tayangan Astro First mulai 19 Oktober 2021.

Karya bergenre seram thriller daripada pengarah muda, Syafiq Yusof yang merupakan kesinambungan filem Penunggang Agama ini menyatukan pelakon Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Tony Eusoff sebagai teraju utama.

penunggang agama 266

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Sinopsis

“Apabila Manusia Bertuhankan Iblis”

Siapakah penunggang agama yang sebenar?

Sekuel filem Penunggang Agama yang sebelumnya meraih kutipan RM3 juta ini mengisahkan pasangan Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz) yang diganggu Huda (Salina Saibi) berikutan dendam lama.

Salah seorang anak murid Anna iaitu Anim (Sharifah Aisyarha) tiba-tiba hilang tanpa jejak selepas pulang dari kelas mengaji yang diadakan Anna.

Kedua ibu bapa Anim berasa pelik lantas memohon bantuan daripada Amir dan Anna untuk menyelesaikan misteri kehilangan itu.

Dalam masa sama, Amir yang aktif merawat pesakit yang menerima gangguan makhluk halus, menjadi obses dengan pekerjaan sambilan itu kerana keuntungan yang diperolehnya cukup lumayan - selain namanya menjadi viral di media sosial kerana kehebatan menyembuhkan penyakit misteri.

Amir semakin selesa menggelarkan diri dengan nama Ustaz, malah menyarung jubah putih dan berkopiah sebagai imej luaran baharu.

Kehadiran paderi Father Michael (Tony Eusoff) yang juga cuba mencari Anim, amat tidak disenangi Amir.

Ego dan kredibiliti Amir tercabar, lalu Amir menaruh syak wasangka terhadap Father Michael kerana menganggap lelaki itu mempunyai muslihat yang tidak diketahui netizen.

Saksikan naskhah mengenai kewujudan golongan penunggang agama yang begitu dekat dengan kisah dalam masyarakat sekarang ini.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Penunggang Agama 1 (Astro First)

Baca: 10 Filem Seram Terbaru Paling 'Berhantu' - Cabar Diri Anda Tonton!

   

penunggang agama movie 993

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon / Cast

Dibintangi Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Tony Eusoff.

Antara lain menampilkan Anna Jobling, Nasir Bilal Khan, Johan As’ari, Dato’ Rahim Razali, Salina Saibi, Puteri Nurqaseh, Sharifah Aisyarha dan Burhan Sidqi.

Baca: Biodata Zul Ariffin

Baca: Biodata Azira Shafinaz

Baca: Biodata Anna Jobling

Watak Pelakon

Zul Ariffin sebagai Amir

Azira Shafinaz sebagai Anna

Tony Eusoff sebagai Father Michael

Johan As’ari sebagai Hafiz

Anna Jobling sebagai Anak Datuk Fawwas

Salina Saibi sebagai Huda

Dato’ Rahim Razali sebagai Datuk Fawwas

Puteri Nurqaseh sebagai Sarah

Sharifah Aisyarha sebagai Anim

Burhan Sidqi sebagai Bakhtiar

filem penunggang agama 2

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Datuk Yusof Haslam yang dibawakan oleh produksi Skop Productions Sdn Bhd dan Astro Shaw Sdn Bhd.

sinopsis penunggang agama 2

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

Tarikh Tayangan

Berada dalam tayangan saluran pawagam rumah, Astro First (CH 480) mulai 19 Oktober 2021 dan boleh didapati dengan harga langganan RM15 untuk tontonan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

Jika anda ingin menonton Penunggang Agama 1, bolehlah melanggan koleksi dua filem ini secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan harga istimewa RM19.90.

Tonton online menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Cara Langgan / Beli Astro First

Langgan di saluran 480 dengan memilih filem yang ingin ditonton dan turuti beberapa langkah mudah seperti yang tertera di kaca TV.

Akhir sekali, hantarkan kod langganan yang dipaparkan di skrin TV dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Untuk lebih info dan sinopsis filem-filem melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Filem

    

Kredit video: PENUNGGANG AGAMA 2 - OFFICIAL FULL TRAILER [HD]

Sumber:

1. Konflik Agama, Dendam Lama & Bisikan Syaitan - Penunggang Agama 2 Bakal Menemui Penonton 19 Oktober Ini

2. The Making Of Penugggang Agama 2

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)