Biodata

Nama penuh: Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad

Nama pentas: Altimet

Tarikh lahir: 27 November 1978

Umur: 40 tahun (2018)

Kelahiran: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, komposer dan pelakon

Media sosial: Instagram @altimet

Fakta Menarik

1, Memperjuangkan genre muzik hip hop dan rap.

2. Pada awal pembabitan dalam dunia muzik, Altimet merupakan ahli Kumpulan Teh Tarik Crew (TTC) yang juga mula ditubuhkan pada tahun 1999. Turut dianggotai Mizz Nina, DJ Fuzz dan Fiquetional.

3. Namun TTC yang pernah muncul dengan tiga album iaitu Are We Rap Stars Now (1999), How’s The Level (2001) dan What’s Next (2004) akhirnya berpecah seterusnya membawa kepada Altimet dalam haluannya sebagai penyanyi solo.

4. Beliau merupakan pemegang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 yang berlangsung pada 11 Februari 2018.

5. Kini, dia telahpun bersara daripada pentas nyanyian pada 27 November 2018 iaitu bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke-40. Bagaimanapun beliau tidak keberatan untuk bekerja di belakang tabir sekiranya ada penyanyi yang memerlukan khidmatnya sebagai penulis lagu.

6. Penampilan terakhir Altimet ialah pada Februari 2019 hadapan iaitu menerusi konsert istimewa yang sepatutnya diadakan lebih awal, namun ditunda atas faktor tertentu.

7. Beliau sempat melancarkan album terakhir berjudul O pada 27 November 2018 meskipun album dalam versi digital hanya mula dipasarkan pada 7 Disember 2018 dan album fizikal pula pada 21 Disember 2018.

8. Diedarkan oleh Warner Music Malaysia, album O menampilkan kerjasamanya bersama beberapa penyanyi ternama seperti Teh Tarik Crew, Aizat Amdan, Aisyah Aziz, Taufik Batisah, Hazama, Aina Abdul, Sona One dan Zizi Kirana.

9. Selepas berhenti daripada dunia nyanyian, Altimet bakal mengusahakan perniagaan francais kedai gunting rambut atau barber. Beliau turut melabur dalam syarikat pizza dan aplikasi pembelajaran al-Quran yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia iaitu Recite.

10. Dalam pada itu, ada tawaran cabang bidang seni lain seperti berlakon filem dan teater, begitupun beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerima atau tidak.

         

Baca: 10 Fakta Penyanyi Altimet Yang Ramai Tak Tahu!

       

Foto

biodata altimet penyanyi dan finalis anugerah juara lagu 33 2

biodata altimet penyanyi dan finalis anugerah juara lagu 33 3

biodata altimet penyanyi dan finalis anugerah juara lagu 33 4

biodata altimet penyanyi dan finalis anugerah juara lagu 33 6 78

biodata altimet penyanyi dan finalis anugerah juara lagu 33 5

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. The Star

4. Instagram Altimet




Hakcipta iluminasi.com (2017)