Kredit foto: Instagram Fad Anuar

   

Siapa Fad Anuar? Beliau antara pelakon yang bakal menjayakan drama bersiri terbaharu, Hati Yang Tersakiti yang juga menampilkan Remy Ishak, Mimi Lana, Nad Zainal, Husna Mustaffa, Riz Amin, Meor Mohd, Sharifah Anthash dan ramai lagi. 

Siaran slot Samarinda TV3 itu dijangka menemui peminat drama melayu mulai September 2020.

     

Biodata Dan Latar Belakang

  • Menggunakan nama komersial, Fad Anuar.
  • Berumur 31 tahun (2020).
  • Lahir pada 11 September 1989.
  • Berasal dari Kemaman, Terengganu.
  • Berketinggian 174 sentimeter (cm).
  • Pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.
  • Antara drama dibintanginya seperti Dia Anak Jeneral (bersama Fattah Amin), Sumpah Ibu, Marhaban Kome Oi, Lip Lap Raya, Puaka Pak Selar, Cinta Bunga Lalang dan Hati Yang Tersakiti.
  • Pembabitannya di layar perak sebagai pemegang watak utama dalam filem aksi persilatan berjudul Geran. Filem arahan sutradara Areel Abu Bakar itu antara lain menampilkan barisan pelakon ternama seperti Aeril Zafrel, Namron dan Azlan Komeng.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @fad_anuar sehingga kini mencatatkan lebih 116,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Anak saudara kepada pelakon legenda, Eman Manan.
  • Seorang pesilat yang menuntut ilmu seni mempertahankan diri.
  • Mempunyai latar belakang dalam bidang persilatan sejak umur 16 tahun.
  • Aktif menjayakan iklan produk berbekalkan paras rupa komersial yang dimiliki.
  • Memulakan langkah dalam lapangan seni lakonan selepas memegang tanggungjawab sebagai jurulatih silat bagi babak pertarungan dalam filem Balun.
  • Sanggup meninggalkan pekerjaan tetap di Pelabuhan Kuantan semata-mata untuk mengejar impian bergelar bintang, walaupun pada awalnya mendapat bantahan ibunya, serta pernah menganggur hampir tiga bulan kerana tiada tawaran berlakon.
  • Sehingga kini sudah memainkan pelbagai peranan watak, seperti watak penjahat, komedi dan aksi.
  • Melakonkan kesemua babak aksi dalam filem Geran tanpa ‘stunt double’!
  • Mahu menjadikan dunia lakonan sebagai ruang untuk memartabatkan warisan Melayu yang cukup diminatinya seperti pakaian tradisional dan seni bela diri.
  • Enggan menggunakan kontroversi untuk membina nama.

   

Foto

fad anuar dulu

wikipedia fad anuar

drama hati yang tersakiti

fad anuar 317

instagram fad anuar

eman manan

pelakon drama hati yang tersakiti

anak saudara eman manan

umur fad anuar  

Kredit foto: Instagram Fad Anuar

   

Video

Kredit video: GERAN OFFICIAL TRAILER | Di Pawagam 10 Oktober 2019

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir - Filem Geran (Behind The Scenes)

Sumber:

1. Tekad angkat seni silat

2. Ingat pesan Eman Manan

3. “Siapalah Saya…” – Fad Anuar

4. "Saya Tak Perlukan Kontroversi Untuk Popular" - Fad Anuar

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)