Kredit foto: Instagram Eina Azman

    

Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau nama komersialnya, Eina Azman merupakan seorang pelakon wanita tempatan yang cukup dikenali menerusi drama Mimpi Cinderella, Suri Hati Mr. Pilot dan Rahsia Hati Perempuan.

Terkini, isu pergaduhannya dengan Datin Rebecca Nur Islam kembali hangat diperkatakan di mana nama aktres Uqasha Senrose turut sama terpalit.

   

Biodata Eina Azman

1. Pemilik nama penuh Ainur Syakina Azman. Dikenali sebagai Datin Paduka Eina Azman atau Eina Azman.

2. Kelahiran Temerloh, Pahang pada 13 Mac 1995. Kini berusia 24 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik.

5. Anak saudara kepada penyanyi dan pelakon, Juliza Adzlizan.

6. Bergelar pelakon, penyanyi dan model sejak tahun 2008.

7. Memulakan karier seninya menerusi drama 5 Jingga yang bersiaran di saluran TV9. Namanya mula melonjak naik selepas memegang peranan utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella yang bersiaran di slot Lestary TV3.

8. Selain itu, beliau turut membintangi drama Anorexia Nervousa, Mistik Alam Hitam (Episod: Panggilan Maut), Detik 12.00 Malam, Bangkitnya Seorang Perempuan, Selamat Pengantin Madu, Suri Hati Mr. Pilot, Doa Ku Mohon dan Rahsia Hati Perempuan.

9. Termasuk telefilem 23:55, Baju Raya Mona dan Demi Masa.

10. Penglibatannya di layar perak menerusi filem Ratu The Movie, Sesuatu Yang Tertinggal dan Zombie Kilang Biskut.

11. Di usia 19 tahun, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014 dengan wang hantaran sebanyak RM77,000, selain menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro dan dalam masa sama membawa kepada gelaran 'Datin Paduka'.

12. Menerima cahaya mata kembar berjantina lelaki dan perempuan iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef pada 19 Februari 2016.

   

Foto

eina azman dan rebecca gaduh

eina azman ig

eina azman dulu

datin eina azman

instagram eina azman

eina azman kahwin

suami eina azman

Kredit foto: Instagram Eina Azman

    

Video

Kredit video: [Kapsul BHTV] Apa Kes: Its done popularkan Eina Azman

    

Sumber:

1. Wikipedia Eina Azman

2. Eksklusif Web: Eina Kahwin Datuk Ahad Ini

3. Eina Azman & Kaiser Gurmeet Bergelar Suami-Isteri

4. Eina Azman Tak Berniat Rahsiakan Kelahiran Bayi Kembar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)