Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim
Siti Khadijah Halim merupakan pelakon baharu yang bakal menjayakan peranan watak Lara Andrew dalam drama adaptasi novel, Dia Yang Ku Cinta.
Drama slot Samarinda TV3 ini akan menemui penonton mulai hujung November ini.
Antara lain, gandingan utama Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz itu turut dibarisi pelakon Riena Diana, Afieq Shazwan, Catriona Ross, Shah Rezza, Watie Sadali dan ramai lagi.
Biodata
1. Nama sebenarnya, Siti Khadijah binti Abdul Halim. Menggunakan nama komersial, Siti Khadijah Halim.
2. Berusia 22 tahun (2019).
3. Bakat kelahiran Kuala Lumpur.
4. Mempunyai empat orang adik-beradik.
5. Merupakan lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka.
6. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan instafamous.
7. Dinobatkan sebagai juara edisi pertama Gadis Panca NR 2017.
8. Kerjaya seninya dikendalikan oleh syarikat pengurusan bakat milik penerbit, Datuk A. Aida.
9. Namanya meledak selepas muncul dalam video muzik Bunga, nyanyian kugiran Masdo.
10. Akaun Instagramnya sehingga kini sudah mencatatkan lebih 160,000 pengikut, manakala saluran Youtubenya mengumpul lebih 10,000 pelanggan.
Fakta Menarik
- Mendapat perhatian di laman Instagram kerana gemar merakamkan foto-foto 'OOTD' (Outfit Of The Day) dan swafoto, selain berkongsi video tutorial solekan.
- Wajahnya mempunyai tarikan tersendiri kerana bentuk muka dan dagu yang runcing.
- Rupa parasnya dikatakan mirip penyanyi Indonesia terkenal, Bunga Cinta Lestari.
- Bukan sahaja berbekalkan aset wajah, malah memiliki kebijaksanaan yang memberi kelebihan kepadanya untuk merangkul takhta Gadis Panca NR 2017 edisi sulung.
Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Pelakon Siti Khadijah Halim!
Baca: 8 Fakta Pelakon Aniq Suhair Yang Ramai Tak Tahu!
Foto
Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim
Video
Kredit video: Youtube Siti Khadijah Halim
Sumber:
1. Wikipedia Dia Yang Ku Cinta
2. 55 Questions With Siti Khadijah Halim
3. Siapakah Jelitawan Yang Layak Memenangi Wang Tunai RM10,000?