Oleh pada 05 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Musim 2 The Maid (Gempak Originals Series) yang dinantikan oleh penggemarnya akhirnya tiba di Astro Ria.

'The Maid 2 : Cinta Dirampas, Dendam Dibalas' ditayangkan di platform berkenaan mulai 6 Julai 2022 pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand.

Siri ini dibarisi pelakon seperti Sherry Alhadad, Eina Azman, Norman Hakim, Ezzaty Abdullah, Aniq Suhair, Nabil Aqil, Yuna Rahim dan Sean Lee.

the maid 856

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Perceraian membuka satu kisah baharu dalam hidup Suhana, Nadia dan Fika. Bekas suami mereka, Jay, penulis novel Payung Emas kini beristerikan wanita bernama Qina.

Jay dituduh memperdaya bekas isteri-isterinya untuk merampas kesemua harta milik mereka.

Bersama dendam, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori Jay ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao. Mereka memutuskan untuk membunuh Jay tetapi perkara tidak berjalan seperti yang dirancang. Jay terlebih dahulu ditemui mati!

Oleh kerana ketiga-tiga bekas isteri berada di tempat kejadian, mereka mendapati diri mereka terperangkap di resort tersebut kerana menjadi suspek utama pembunuhan.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod The Maid Musim 1 (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jodohku Babysitter (Slot Megadrama Astro Ria)

   

the maid malaysia

Kredit foto: Instagram Hazeeq Dean

Pelakon / Cast

The Maid 2 bakal menampilkan pelakon hebat termasuk yang memainkan watak dari siri pertama iaitu Sherry Alhadad, Eina Azman, Norman Hakim, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Aniq Suhair, Nabil Aqil, Yuna Rahim, Sean Lee, Marsha Milan dan Hazeeq Dean.

Watak Pelakon

Norman Hakim sebagai Jayden

Sherry Alhadad sebagai Suhana

Eina Azman sebagai Nadia

Ezzaty Abdullah sebagai Fika

Ieda Moin sebagai Kak Mel

Nabil Aqil sebagai Remy

Sean Lee sebagai Dean

Yuna Rahim sebagai Kiambang

Hazeeq Dean sebagai Inspektor

the maid astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

The Maid 2 merupakan sebuah naskhah arahan Michael Ang dan Hadith Omar yang diangkat daripada skrip tulisan Sham Hashim dan Nazri Vovinski.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: MICHAEL ANG - CINTA ATAU PROPA OFFICIAL MUSIC VIDEO

Tajuk: Cinta Atau Propa

Penyanyi: Michael Ang

Komposer: Killa Driz

Penulis lirik: Killa Driz

the maid 2 episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Siaran

Nantikan siri TV – The Maid 2 – yang akan menemui penonton mulai 6 Julai 2022, setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Drama Bersiri Asli Gempak (Gempak Originals Series) 12 episod ini juga disiarkan online secara eksklusif di Astro Go dan On Demand.

Kredit video: Drama The Maid 2 Official Trailer | Episode 1 Pada 6 Julai 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)