Oleh pada 31 Mar 2021 kategori

ramadan pertama edi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

 

Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021, menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Mimi Lana, Aznil Haji Nawawi, Lisa Surihani dan Elly Mazlein.

Siri di bawah jenama ‘Gempak Original Series’ ini adalah sebuah karya arahan Ezrie Gazali dan Yusry Abdul Halim. Bakal memulakan tayangan di saluran Astro Ria mulai 31 Mac 2021.

  

drama ramadan pertama edi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

 

Sinopsis

Edi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Nad, bakal menyambut Ramadan pertamanya sebagai suami isteri di rumah bapa mertuanya, Pak Sobri.

Edi berasa gementar dek insiden akad nikah 'online' yang haru-biru dilaluinya sebelum ini. Apatah lagi karakter Pak Sobri yang garang.

Namun pelbagai peristiwa janggal telah berlaku sepanjang dia berada di sana sehinggalah mereka 'terperangkap' kerana PKP.

Edi pula mempunyai masalah untuk berpuasa penuh. Kehadirannya di sana juga telah merungkai beberapa rahsia keluarga Nad yang mengejutkan!

Dalam pada itu, mampukah Edi menawan hati bapa mertuanya itu?

   

sinopsis ramadan pertama edi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

 

Pelakon

Senarai barisan para pelakon seperti Redza Rosli, Mimi Lana, Lisa Surihani, Elly Mazlein, Datuk Aznil Haji Nawawi, Raja Azura dan Abon.

  

Baca: Biodata Redza Rosli

Baca: Biodata Mimi Lana

Baca: Biodata Elly Mazlein

Baca: Biodata Lisa Surihani

    

ramadan pertama edi episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

 

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya terbitan produksi Yureka Films Sdn Bhd, diarahkan oleh sutradara Ezrie Gazali dan Yusry Abdul Halim.

  

ramadan pertama edi astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

 

Waktu Siaran

Siri 8 episod ini bakal ditayangkan di saluran Astro Ria pada setiap Rabu, jam 9.30 malam mulai 31 Mac 2021.

Juga tersedia buat pengguna platform Astro Go.

   

Kredit video: Trailer Drama Ramadan Pertama Edi | Gempak Original Series

   

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Trailer Drama Ramadan Pertama Edi

  



Hakcipta iluminasi.com (2017)