Biodata

1. Lahir pada 15 Oktober 1984 di Johor Bahru, Johor, Malaysia.

2. Kini berusia 35 tahun (2019).

3. Merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik.

4. Anak saudara kepada penyanyi Salwa Abdul Rahman yang pernah popular sekitar era 80-an.

5. Pernah bekerja di Yayasan Warisan Johor.

6. Kini bergelar penyanyi, pelakon dan model.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2004.

8. Memperjuangkan genre muzik pop.

9. Bakatnya dikesan daripada program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim kedua. Bagaimanapun hanya bertahan hingga minggu keenam sebelum disingkirkan atas faktor undian peminat.

10. Pernah membintangi filem Cinta Fotokopi, Pontianak Menjerit, Gol & Gincu, Jangan Pandang Belakang Congkak, Dimensi Cinta, Aku Bukan Tomboy, MTB: Misi Tawan Baby dan Munafik.

11. Juga telefilem Coklat, Ibu Mee Segera, Berselindung Di Sebalik Kaabah, Tangisan Langsuir, Ekpress Dania, Baju Kebaya Terakhir Bapak, Cinta Si Tukang Kasut, Bila Papa Pakai Kebaya, Doktor Cinta, Andai Kasturi Hilang Harumnya, Cikgu Timah Sekolah Bandar dan banyak lagi.

12. Termasuk drama, antaranya Gol & Gincu: The Series, Astana Idaman, Puaka Niyang Rapik, Geng Surau, Mimpi Cinderella, Diaspora Cinta dan Lara Cinta Ameena.

13. Pembabitannya dalam teater menerusi Balada Sang Adi Putera pada tahun 2006, Impak Maksima The Musical (2008) dan Ombak Rindu... Tiada Penghujung (2016).

14. Pernah merakamkan sebuah album studio berjudul Mahkota Jiwaku pada 2006.

15. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Cinta Selamanya (duet bersama Khai AF1), Biarku Sendiri, Kasih Antara Kita (bersama Adeep Fabulous Cats), Virus (bersama Cat Farish Fabulous Cats), Jentayu, Senandung Malam (bersama Dina Nazir, Cat Farish dan Shaheizy Sam) dan Cinta Di Hujung Rindu (bersama Mawi).

Foto

biodata zarina zainoordin pelakon drama senafas rindu 2

biodata zarina zainoordin pelakon drama senafas rindu 3

biodata zarina zainoordin pelakon drama senafas rindu 4

biodata zarina zainoordin pelakon drama senafas rindu 5

biodata zarina zainoordin pelakon drama senafas rindu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Instagram Zarina Zainoordin

4. Youtube ntv7 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)