Biodata

Nama penuh: Azira Shafinaz binti Ramlan

Nama pentas: Azira Shafinaz

Tarikh lahir: 26 September 1991

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon, pengacara dan penari

Media sosial: Instagram @azirashafinaz

Fakta Menarik

1. Merupakan anak bongsu dalam keluarganya.

2. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2015.

3. Pernah mengikuti kursus Diploma in Business. Juga pernah belajar di London, mengambil kursus pendek dalam jurusan solekan.

4. Salah seorang penyanyi utama kumpulan De Fam yang turut dianggotai Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) dan Sophiatul Liana Mohd Sobri (Sophia Liana).

5. Memperjuangkan genre muzik DJ dan R&B.

6. Single pertama De Fam berjudul 'Supergirls' meraih lebih sejuta tontonan di laman YouTube hanya dalam tiga minggu selepas dimuatnaik.

7. Ia disusuli dengan single With You (2015) dan Bila Ada Kamu (2017).

8. Pada tahun 2017, Azira tampil dengan lagu solo pertamanya berjudul Bukan Cinta Malaikat (duet bersama Ryfell).

9. Drama pertama lakonannya berjudul Mimpi Mira pada tahun 2015, diikuti beberapa judul lain seperti Married Tapi Benci, Mr. Donat Karamel, Nur 3 Pagi, Simpang Sejenak, Vila Ghazara, Doa Ku Mohon, Ms Emoji Mr Data dan Seribu Rindu. Juga bakal terbit dengan drama Kau Langit Aku Laut lakonan bersama Izzue Islam.

10. Berkeinginan melakonkan watak psiko dan dera.

11. Bercita-cita ingin membuka sebuah salun yang membuat rawatan kuku.

12. Pada Oktober 2018, Azira mendedahkan di laman sosial dirinya telah menjadi mangsa buli jalan raya di laluan smart tag lebuh raya AKLEH.

Foto

biodata azira shafinaz pelakon drama seribu rindu 2

biodata azira shafinaz pelakon drama seribu rindu 3

biodata azira shafinaz pelakon drama seribu rindu 4

biodata azira shafinaz pelakon drama seribu rindu 5

biodata azira shafinaz pelakon drama seribu rindu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Astro Gempak

4. Pengantin

5. Instagram Azira Shafinaz




Hakcipta iluminasi.com (2017)