Oleh pada 29 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya

    

Cik Cinderella Dan Encik Tengku merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan sutradara Eoon Shuhaini.

Karya adaptasi novel keluaran 2014 dengan judul sama tulisan Airisz, lakonan utama Shukri Yahaya dan Zahirah MacWilson ini pernah bersiaran di slot Lestary TV3 pada 16 Disember 2015, manakala episod akhir ke udara pada 27 Januari 2016.

Tayangan semula bakal menemui penonton di slot Dahlia TV3 mulai 29 Ogos 2020.

   

drama cik cinderella dan encik tengku

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya

    

Sinopsis

Puteri Nuraisha (Zahirah MacWilson) tinggal bersama bapanya, Megat, dan ibu tiri serta kakak tirinya, Sha (Puteri Aishah).

Megat sebagai bapa, sentiasa melebihkan Sha daripada Puteri.

Sementara itu, Puteri terikat dengan hubungan bersama tunangnya, Ashraf (Shah Iskandar) atas amanat arwah ibunya yang ingin melihat mereka bergelar pasangan suami isteri.

Puteri tahu Ashraf hanya mahu menumpang kesenangan hidupnya kerana keluarga Ashraf sering memanjakan pemuda itu dengan wang ringgit.

Dalam pada itu, hati Puteri mula terpaut pada Daniel (Shukri Yahaya), seorang peguam muda yang romantis, lucu dan baik hati yang dikenalinya di tempat kerja.

Namun Puteri dalam dilema rentetan mengenangkan amanat arwah ibunya yang cukup dijaga selama ini.

Persiapan perkahwinan Puteri dan Ashraf diatur rapi ibu tirinya, sedang di luar pengetahuan Puteri, Ashraf diam-diam menjalinkan hubungan cinta dengan kakak tirinya.

    

novel cik cinderella dan encik tengku

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya

   

Pelakon

Diterajui Shukri Yahaya dan Zahirah MacWilson.

Turut menampilkan Puteri Aishah, Shah Iskandar, Zulin Aziz, Sherry Al Hadad, Azhar Amir, Aleza Shadan, Dato’ Eizlan Yusof, Aida Khalida, Raja Ema, Ku Faridah dan Nor Amisah Abdullah.

   

Baca: Biodata Shukri Yahaya

Baca: Biodata Zahirah MacWilson

Baca: Biodata Puteri Aishah

Baca: Biodata Zulin Aziz

Baca: Biodata Sherry Al Hadad

Baca: Biodata Datuk Eizlan Yusof

   

cik cinderella dan encik tengku episod

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Eoon Shuhaini dan skrip oleh Amin Abdul Nasir di bawah penerbitan syarikat Orangetree Productions.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Sandra - Hey Kau (Official Lyric Video)

   

Tajuk: Hey Kau!

Penyanyi: Sandra Dianne

Komposer: Tam Spider

Lirik: Iman Imran

    

pelakon cik cinderella dan encik tengku

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya

   

Waktu Siaran

Pertama kali ditayangkan pada 16 Disember 2015 hingga 27 Januari 2016 di slot Lestary TV3.

Siaran ulangan menemui penonton di slot Dahlia TV3 mulai 29 Ogos 2020, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 petang, tayangan selama 13 episod.

    

Kredit video: Cik Cinderella Encik Tengku Episod 1

    

Sumber:

1. Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku

2. Instagram Drama Sangat

3. Wikipedia Cik Cinderella dan Encik Tengku

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)