Oleh pada 06 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

   

Perempuan Tanpa Dosa merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2020 di bawah arahan Micheal Ang yang ditunjangi pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Diadaptasi daripada novel karya Fatinilam Sari Ahmad berjudul sama, siri ini bakal ke udara di Slot MegaDrama Astro Ria mulai 6 Oktober 2020, bagi menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan.

   

drama perempuan tanpa dosa

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

    

Sinopsis

Datuk Majid (Hilal Azman) mengahwinkan anak tunggalnya, Lily (Uqasha Senrose) dengan Rizal (Kamal Adli) demi menyelamatkan maruah Lily yang terlanjur dengan bekas teman lelakinya, Eddie (Zac Zaky).

Rizal bersedia melepaskan Lily hanya selepas anak dikandung wanita itu dilahirkan.

Sebagai imbuhan, Rizal ditawarkan wang yang kemudian digunakannya untuk membina hidup di kampung halaman.

Ketika Lily mula berasa sayang terhadap Rizal, Eddie pula kembali menagih cinta lamanya pada Lily sambil menuntut anak yang dikandung.

Lily dalam dilema apatah lagi selepas mengetahui hubungan yang terjalin antara Rizal dan Usu Sakinah (Uyaina Arshad).

Lily sudahnya membawa diri pulang ke ibu kota, bersama anaknya.

Usu Sakinah yang menyedari dirinya menjadi penghalang terhadap hubungan Lily dan Rizal, akhirnya berundur diri lalu menerima pinangan Rahman (Yusuf Bahrin).

Rizal mula sedar perasaan cintanya terhadap Lily selepas isterinya itu melangkah pergi.

Berjayakah Rizal memenangi semula cinta Lily yang sudah terkubur?

    

novel perempuan tanpa dosa

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

    

Pelakon

Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Lakonan bersama Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Shaza Bae, Susan Menan, Hilal Azman, Fadhillah Mansor dan Mak Wan Latah.

    

Baca: Biodata Pelakon Kamal Adli

Baca: Biodata Pelakon Uqasha Senrose

Baca: Biodata Pelakon Uyaina Arshad

Baca: Biodata Pelakon Yusuf Bahrin

Baca: Biodata Pelakon Shaza Bae

   

perempuan tanpa dosa kamal adli

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Juita Viden Sdn Bhd garapan sutradara Micheal Ang.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Naim Daniel feat. Man Keedal - Sembah (Official Music Video)

    

Tajuk: Sembah

Penyanyi: Naim Daniel feat. Man Keedal

Komposer: Naim Daniel & Iqie Hugh

Lirik: Naim Daniel & Iqie Hugh

   

perempuan tanpa dosa

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

   

Waktu Siaran

Siaran 28 episod, mulai 6 Oktober 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Megadarama, Astro Ria.

     

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Perempuan Tanpa Dosa

    

Sumber:

1. Instagram BamBam Studios

2. Youtube Astro Gempak

3. Wikipedia Perempuan Tanpa Dosa

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)