Kredit foto: Instagram Sophia Liana

     

Sophia Liana merupakan antara peserta yang sedang berentap dalam pertandingan realiti Dansa Dan Sing iaitu sebuah program terbaharu terbitan Astro yang mengetengahkan elemen seni tari dan nyanyian dalam persembahan.

Sembilan lagi peserta yang tersenarai ialah Arja Lee, Atilia Haron & Yasmin Hani, Raja Syahiran, Nik Qistina, Shiha Zikir, Chubb-E, Wani Kayrie, W.A.R.I.S, dan Harris Baba.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Sophiatul Liana binti Mohamed Sobri.

2. Menggunakan nama komersial, Sophia Liana. Juga dikenali sebagai Sophia De Fam.

3. Lahir pada 6 Oktober 1990 di Ipoh, Perak. Kini berumur 30 tahun.

4. Anak kedua daripada empat orang adik beradik.

5. Bekas graduan KDU University College.

6. Aktif dalam dunia seni sejak tahun 2015 sebagai penari, penyanyi rap, pelakon, pengacara, pemuzik dan penulis lirik.

7. Merupakan anggota kumpulan trio popular, De Fam yang antara lain dianggotai Azira Shafinaz dan Cik Manggis.

8. Antara lagu dirakamkannya bersama De Fam termasuk #Supergirls, With You, Bila Ada Kamu dan Panas. Penampilan solonya menerusi single Magik (duet bersama Sakura Band), Terbaik Bossku (duet bersama Waris dan Zizi Kirana) dan Hal (duet bersama Hullera dan Arabyrd).

9. Media sosial Instagramnya atas nama @sophialiana sehingga kini sudah mencatatkan lebih 250,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Bekas penari Boojae.
  • Memulakan karier seni sebagai penari latar.
  • Pernah muncul dalam drama Mr. Donat Karamel dan Vila Ghazara siaran TV3.
  • Berbanding Azira dan Manggis, beliau memilih untuk menghadkan kemunculan dalam lakonan kerana ingin memberikan perhatian terhadap bidang nyanyian termasuk perniagaan yang diusahakannya.

    

Foto

sophia liana

de fam

dansa dan sing 50

sophia liana instagram

sophia liana wikipedia

azira shafinaz

cik manggis

Kredit foto: Instagram Sophia Liana

    

Sumber:

1. Profil Sophia Liana & Budak Ngam

2. Wikipedia Sophia Liana

3. Sophia tak kecil hati

4. 'Lakonan bukanlah jiwa saya'

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)