Oleh pada 15 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

'Love, Elsa' merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang diadaptasikan daripada novel bertajuk sama karya Acik Lana.

Drama slot MegaDrama, saluran Astro Ria ini menampilkan gandingan sulung pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad.

sinopsis love elsa

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Ammara (Uyaina Arshad) merupakan seorang gadis yang dikurniakan kelebihan di mana dia mampu mengembara ke masa lampau seseorang yang disentuhnya.

Namun Ammara akan jatuh sakit selepas bersentuhan, malahan bapanya telah menempatkannya di satu kawasan yang dikawal ketat.

Hidup Ammara mula  berubah selepas kehadiran jiran barunya, Ridza Kim (Zul Ariffin).

Selepas mereka bersentuhan sesama sendiri, Ammara telah melihat masa silam Ridza, sekaligus membawa kepada usahanya dalam membantu lelaki itu menyelesaikan kes kematian keluarganya.

Mereka terpaksa 'berlakon' sebagai sepasang kekasih bagi menyiasat pakcik Ridza yang kemudiannya telah mengundang rasa cinta di hati masing-masing.

love elsa drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon

Lakonan utama Zul Ariffin dan Uyaina Arshad.

Turut membariskan pelakon Ramona Zamzam, Iman Suhana, Mona Allen, Riz Amin, Zeera Azizi, Zalfa Zin, Nik Adam Mika, Ikhram Juhari, Azhar Amir, Nasz Sally, Badrul Muhayat, Mustapha Kamal dan Ku Fridah.

Baca: Biodata Zul Ariffin

Baca: Biodata Uyaina Arshad

Baca: Biodata Ramona Zamzam

Baca: Biodata Iman Suhana

Baca: Biodata Mona Allen

Baca: Biodata Riz Amin

Baca: Biodata Zeera Azizi

Baca: Biodata Zalfa Zin

Baca: Biodata Nik Adam Mika

love elsa novel

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Juita Viden Sdn Bhd dengan menggunakan khidmat arahan sutaradara Michael Ang.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: IKA NOH ( IT’S YOU ) MARSHA MILAN feat. FANZI RUJI (OFFICIAL LYRIC VIDEO)

Tajuk: Ika Noh (It's You)

Penyanyi: Marsha Milan ft. Fanzi Ruji

Komposer: Marsha Milan

Penulis lirik: Fanzi Ruji, Asfarinah Mansor, Carlesie Lubin

love elsa episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Waktu Siaran

Menemui peminat drama melayu dalam siaran 24 episod, mulai 15 Jun 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Megadrama, saluran Astro Ria (CH 104).

Juga berada dalam kandungan platform On Demand dan aplikasi Astro Go.

Kredit video: [EPISOD PENUH] Love Elsa - Episode 1

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios

3. Novel Love Elsa

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)