Biodata

Nama penuh: Dini Azan Schatzmann

Nama popular: Dini Schatzmann

Umur: 24 tahun (2018)

Asal: Pulau Pinang, Malaysia

Pendidikan: Ijazah bidang kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @dinischatzmann dan Twitter @dinischatzmann

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada dua beradik.

2. Beragama Islam, namun mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal daripada Pulau Pinang, manakala bapanya pula daripada Switzerland.

3. Menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa orang pengarah dan penerbit.

4. Tidak kesal mengikuti pengajian dalam kejuruteraan kerana menganggap ia demi memenuhi impian kedua orang tuanya.

5. Hanya selepas dua tahun berada dalam pengajian, Dini mula merasa jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni.

6. Atas azam untuk mencipta nama dalam karier itu, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar dan juga kelas bahasa Melayu.

7. Dini mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau mengakui kemahiran bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa kebangsaan itu.

8. Kemunculan pertama beliau dalam drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek mencetuskan fenomena, lantas menarik perhatian banyak pihak, termasuk peminat drama tempatan.

9. Dalam perkembangan terkini, Dini bakal tampil menerusi drama arahan Erma Fatima berjudul Bukan Cinta Aku yang akan menemui penonton di saluran TV3.

Foto Terkini

biodata dini schatzmann pelakon drama cik reen encik ngok ngek 2

biodata dini schatzmann pelakon drama cik reen encik ngok ngek 3

biodata dini schatzmann pelakon drama cik reen encik ngok ngek 4

biodata dini schatzmann pelakon drama cik reen encik ngok ngek 5

biodata dini schatzmann pelakon drama cik reen encik ngok ngek 6

Video

Kredit:

1. Harian Metro

2. Blog Lisa

3. Instagram Dini Schatzmann




Hakcipta iluminasi.com (2017)