Kredit foto: Instagram Natasha Elyzza

   

Natasha Elyzza merupakan seorang pelakon yang mula mencuri perhatian menerusi drama sulung lakonannya berjudul Duri Di Hati.

Buah tangan terkininya yang sedang rancak bersiaran di TV3 adalah drama bertajuk ‘Terima Aku Seadanya’, tayangan slot Lestary.

Drama siaran ulangan daripada slot GlamaDrama ntv7 itu antara lain menampilkan pelakon Nazim Othman, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin dan Daler Yusuf.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Natasha Elyzza binti Rohishim. Popular sebagai Natasha Elyzza.

2. Lahir pada 19 Oktober 1994 di Petaling Jaya, Selangor.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

5. Namanya meledak menerusi drama Duri Di Hati, M.A.I.D, Papa Ricky dan Dunia Generasi Baru.

6. Lain-lain drama lakonannya seperti Projek Memikat Suami, Isteri Separuh Masa, Cinta Roller Coaster, Rahsia Hati Perempuan dan Setelah Terlafaznya Akad.

7. Termasuk telefilem Swadee Thirat, Payung Emas dan Boyfriend Aku Dari Neraka.

8. Membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang menggandingkan Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza dan Janna Nick sebagai teraju utama.

    

Foto

instagram natasha elyzza

natasha elyzza drama

wikipedia natasha elyzza

natasha elyzza

drama terima aku seadanya 524

Kredit foto: Instagram Natasha Elyzza

   

Sumber:

1. Wikipedia Natasha Elyzza

2. Wikipedia Drama Terima Aku Seadanya

3. Natasha Elyzza Demand?

4. Kimchi Untuk Awak Suntik Rasa Cinta Yang Makin Pudar

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)