Oleh pada 22 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Azrel Ismail

   

Mulai 23 Mac 2023, penggemar drama bersiri akan disajikan dengan tontonan terbaru di slot Widuri apabila "Kau? C.E.O Aku?" ditayangkan. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel yang ditulis oleh Maya Rahman dan akan menampilkan gandingan pelakon hebat Azrel Ismail dan Puteri Aishah.

   

sinopsis kau ceo aku

Kredit foto: Instagram Puteri Aishah

   

Sinopsis

Aisya Sofia terpaksa berkahwin dengan CEO syarikat tempatnya bekerja, iaitu Danial Firdaus. Walaupun Danial memiliki harta dan paras rupa yang menawan, namun sombong dan egonya sangat tinggi. Aisya, seorang gadis yang dididik dengan nilai agama, tidak pernah menyangka bahawa selepas perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga itu, akan berdepan dengan pelbagai dugaan. Masalah bermula apabila Mila, sahabat baik Danial sejak dahulu, muncul dalam kehidupan mereka dan cuba mengacau perkahwinan mereka.

Kesalahan terbesar yang pernah dilakukan oleh Danial adalah jatuh hati kepada wanita selain daripada isterinya sendiri dan sahabat itu menjadi cinta baru. Ini menyebabkan keharmonian rumah tangganya semakin tergugat. Apabila anak yang dikandung oleh Aisya selama enam bulan meninggal dunia disebabkan oleh Mila, Aisya terpaksa menahan perasaannya sendiri. Danial, yang masih ingin mempunyai zuriat, meminta untuk berkahwin dengan Mila. Namun, hak dan kebenaran Aisya dipertahankan oleh Anis, Syafiq dan Hakimi, yang sangat menyayanginya.

   

drama kau ceo aku

Kredit foto: Instagram Jalena Rejab

   

Pelakon

Drama bersiri terkini ini menampilkan sepasang muka popular dalam dunia seni lakonan iaitu Azrel Ismail dan Puteri Aishah sebagai peneraju watak utama.

Turut serta, Syazwan Zulkifly, Neera Azizi, Siti Hariesa, Talha Harith, Trisha Ooi, Amelina, Zalfa Zin, Azri Iskandar, Zuhairi Ibrahim, Anne Abdullah dan Ainina Ahmad B.

Watak Pelakon

Azrel Ismail sebagai Danial Firdaus

Puteri Aishah sebagai Aisya Sofia

Neera Azizi sebagai Mila Armilia

Syazwan Zulkifly sebagai Hakimi

Siti Hariesa sebagai Anis

Talha Harith sebagai Syafiq

Azri Iskandar sebagai Dato Najmi

Amelina sebagai Datin Faridah

Zalfa Zin sebagai Tania

Trisha Ooi sebagai Sherry

   

novel kau ceo aku

Kredit foto: Instagram Puteri Aishah

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Kau CEO Aku merupakan hasil kerja terbaru syarikat penerbitan Country & Universal Sdn Bhd, dengan penyeliaan pengarah Harris Fadzillah Abd Samad dan skrip oleh PGRS Team dan Suhaila Nordin.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Syafiq Farhain - Kau Bidadari (Official Music Video)

    

Tajuk: Kau Bidadari

Penyanyi: Syafiq Farhain

Lagu: Asfan Shah

Penulis lirik: Asfan Shah, Fedtri Yahya

   

kau ceo aku episod

Episod 1 akan datang pada 23 Mac 2023. Kredit foto: Instagram Puteri Aishah

Waktu Siaran

Program drama bersiri ini bakal mewarnai skrin TV anda selama 26 episod, mengisi ruang slot Widuri pada setiap hari bermula 23 Mac 2023, pukul 6.45 petang di saluran TV1 (RTM).

        

Tajuk cerita? Kau? CEO Aku?

Berapa episod? 26 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Ahad

Bila tayang? Pukul 6.45 petang

Tonton di mana? TV1 dan platform online, RTM Klik

   

Kredit video: 21 MAC 2023 -SPM- KAU? CEO AKU?

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)