Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

       

Ummi Nazeera merupakan antara pelakon drama Korban Kasih yang sedang rancak ditayangkan di RTM bersempena dengan Ramadan ini.

Siri 30 episod diarahkan Mohd Fazli Yahya ini turut menampilkan Saharul Ridzwan, Zara Zya, Azrel Ismail, Nadiyah Shahab, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

    

Biodata Ummi Nazeera

  • Nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin.
  • Menggunakan nama komersial, Ummi Nazeera.
  • Berumur 30 tahun.
  • Kelahiran Kuala Lumpur pada 20 Ogos 1990.
  • Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang pelakon.
  • Antara drama yang melonjakkan namanya termasuk Nur Kasih, Alif Imani dan Patahnya Sebelah Sayap.
  • Lain-lain drama dibintanginya seperti Ali Din, Awan Dania, Angin Cinta, Nahu Rindu, Suri Katriana, Korban Kasih dan banyak lagi.
  • Kemunculannya di layar perak menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Penanggal, Bisik Pada Langit dan Gol & Gincu Vol. 2.

    

Fakta Menarik

  • Menyambung pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia dalam bidang Sarjana Muda Perniagaan.
  • Bergelar isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani iaitu seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur pada 23 Julai 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayra Aneesah yang dilahirkan pada 22 Ogos 2018.

    

Foto

ummi nazeera

instagram ummi nazeera

wikipedia ummi nazeera

suami ummi nazeera

dr mohd izzar anwari

pelakon korban kasih 584

drama korban kasih 588

latar belakang ummi nazeera

anak ummi nazeera

profil ummi nazeera

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

    

Video

Kredit video: Mahligai Cinta (2017): Ummi Nazira & suami pentingkan restu ibu bapa | Episod 19

    

Sumber:

1. Wikipedia Ummi Nazeera

2. Ummi Nazeera Nikah Awal Dari Tarikh Dijanjikan

3. Ayra Aneesah nama baby girl Ummi Nazeera... Comelnya!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)