Kredit foto: Instagram Adeline Tsen

    

Sedekad bergelar anak seni, Adeline Tsen terus aktif menempa nama dalam lapangan seni hiburan.

Drama bersiri Hotel Mania bertanggungjawab memperkenalkan namanya sebagai pelakon suatu masa dahulu.

Sewaktu itu dia masih bergelar penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, namun tidak lelah mengintai peluang mencipta nama sebagai bintang.

Berbekal bakat dan rupa paras, tidak hairan mengapa nama Adeline masih laris dan menjadi buruan sehingga ke hari ini.

     

Biodata

1. Pemilik nama sebenar, Adeline Anthony Primus Tsen. Nama komersialnya, Adeline Tsen dan turut dikenali sebagai Adlin.

2. Kelahiran Kota Belud, Sabah pada 5 November 1986. Kini berusia 33 tahun.

3. Beragama Kristian.

4. Berdarah campuran Cina Kadazan.

5. Merupakan anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.

6. Bekas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa , Kota Belud , Sabah.

7. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

8. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai pelakon, model, penyanyi dan pengacara.

9. Memulakan karier lakonan menerusi watak-watak kecil sewaktu masih menuntut di universiti tempatan, dengan memanfaatkan kekosongan jadual ketika cuti semesternya.

10. Beliau cukup sinonim dengan karakter antagonis dalam drama yang mana antara yang menjadi tumpuan seperti Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Rindu Awak 200%. Namanya mula meledak selepas kemunculan dalam drama muzikal, Hotel Mania terbitan KRU Studios.

11. Lain-lain drama dibintanginya seperti Adnan Semp-it Series, Antara Laut China Selatan, Selipar Jepun Stiletto Merah, Shhh I Love You dan Arluna.

12. Termasuk telefilem Tanglung Bulan Semalam, M.A.I.D Pun Nak Raya, Cinta Kucing Parsi, Cekelat Tak Semanis Honey dan banyak lagi.

13. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Senario Asam Garam, Klip 3GP, Alamak Toyol, Adik Manja Returns, Genggam dan Gamatisme.

14. Asalnya ingin menjadi penyanyi, namun rezekinya terlebih dahulu terbuka dalam bidang lakonan selepas mendapat tawaran daripada penerbit filem, David Teo. Beliau yang mula aktif dalam dunia seni suara sejak tahun 2013 dengan memperjuangkan genre pop, pernah merakamkan beberapa single seperti Kau Bagiku dan Nadiku.

    

Fakta Menarik

  • Beliau yang kini mengendalikan kerjayanya sendiri, pernah menjadi artis di bawah syarikat produksi MIG Talent Sdn. Bhd selama dua tahun sebelum kontraknya tamat pada 2012.
  • Pernah menanam impian untuk menjadi pelajar Akademi New York dalam jurusan lakonan pada Julai 2014, namun terpaksa dilupakan kerana berdepan waktu kerja yang padat.

   

Foto

adeline tsen wikipedia

adeline tsen movie

drama setelah ku dimiliki 277

adeline tsen ig

adeline tsen agama

Kredit foto: Instagram Adeline Tsen

   

Sumber:

1. Wikipedia Adeline Tsen

2. Adeline Tsen Terus Raih Tawaran

3. Adeline Tsen Syukur Dapat Tembusi Pasaran Melayu

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)