Kredit foto: Instagram Zaki Azeman

   

Awalnya beliau memulakan langkah dengan menyertai bidang nyanyian, namun aktor bernama Zaki Azeman ini akhirnya beralih haluan ke bidang lakonan dan menjadi salah satu bakat baharu yang berpotensi besar di lapangan seni.

Terbaru, Zaki bakal membintangi drama adaptasi novel tulisan Zaza Qry berjudul Setelah Ku Dimiliki yang akan ke udara di slot Akasia TV3 mulai Oktober ini.

Antara lain menampilkan pelakon-pelakon ternama seperti Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah, dibantu Adeline Tsen, Fahmy Reza, Syifa Melvin, Aleza Shadan dan ramai lagi.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Muhamad Zaki Azeman.

2. Lebih dikenali dengan nama komersialnya, Zaki Azeman.

3. Berusia 25 tahun (2019).

4. Berasal dari Kuala Perlis, Perlis.

5. Merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik.

6. Antara drama dibintanginya seperti Teksi Love, Hilang Akal, Bila Aidil Ada Fitri, Isteri Bukan Untuk Disewa, Ombak Rindu dan Setelah Ku Dimiliki.

    

Fakta Menarik

  • Mempunyai bakat dalam bidang seni suara. Asalnya ingin menjadi penyanyi, namun rezekinya lebih terbuka dalam bidang lakonan.
  • Merupakan kawan rapat dan teman sekampung kepada penyanyi Khai Bahar. Mereka berdua bersama tiga lagi rakan pernah berjuang mendapatkan tempat dalam bidang hiburan, namun sehingga kini hanya dia dan Khai yang berjaya merealisasikan impian bergelar selebriti.
  • Pernah mencuba nasib dalam uji bakat program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) sebanyak tiga kali. Percubaan awalnya bermula di usia 18 tahun, sementara kali terakhir beliau bersama Khai hanya layak ke peringkat kedua.
  • Sehingga kini, Khai memberikan sokongan penuh kepadanya, dengan membantu dalam 'menjual' nama termasuk turut mempromosikan aktiviti seni Zaki di laman sosial.

    

Foto

biodata zaki azeman

zaki azeman umur

siapa zaki azeman

zaki azeman drama setelah ku dimiliki

instagram zaki azeman

Kredit foto: Instagram Zaki Azeman

    

Video

Kredit video: Youtube Zaki Azeman

   

Sumber:

1. Berita Harian

2. BH Online

3. Wikipedia Slot Akasia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)