Oleh pada 07 Jul 2020 kategori

    

7 Hari Mencintaiku merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2016 adaptasi novel dengan judul sama karya Siti Rosmizah, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha.

Drama arahan Jamal Khan ini bersiaran di Slot Akasia TV3 dari 7 November 2016 hingga 22 Disember 2016.

      

novel 7 hari mencintaiku 359

    

Sinopsis

Mia Adriana (Siti Saleha), seorang wanita yang angkuh dan ego, dipaksa untuk berkahwin dengan Khuzairi (Shukri Yahaya) atas gesaan bapanya, Dato Megat Idrus (Zulkifli Ismail) selepas dia dikhianati tunangnya, Khalil (Ungku Hariz) yang menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka.

Selepas bergelar isteri, Mia menetap bersama Khuzairi di kampung, namun dibenci oleh Mak Leha (Liza Abdullah), mak tiri kepada Khuzairi hingga Khuzairi tersepit antara Mak Leha dan isterinya. Demi menjaga hati kedua-dua pihak, Khuzairi sering melukakan hatinya sendiri.

Pelbagai helah dilakukan Mia supaya Khuzairi menceraikannya, namun kesabaran lelaki yang di matanya sebagai 'kampung' dan kolot itu cukup tinggi dalam mempertahankan perkahwinan mereka.

Mia akhirnya bertindak meninggalkan Khuzairi dan anak kecil mereka.

Sepanjang berjauhan, terbit keinsafan di hati Mia tentang perasaan sebenarnya terhadap Khuzairi, meskipun ianya sudah terlewat.

Sebesar kesabaran Khuzairi menahan makian dan hinaan yang dilemparkan Mia selama ini, cintanya sudah berkubur hingga membawa kepada percubaan Mia untuk memenangi semula hati Khuzairi dalam tempoh 7 hari!

     

Baca: Info Dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Baca: Info Dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3

     

7 hari mencintaiku episod 283

     

Pelakon

Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Siti Saleha selaku teraju utama.

Tidak ketinggalan, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Faye Kusairi, Ungku Hariz, Jaja Iliyes, Bil Azali, Aman Graseka, Liza Abdullah, Zarynn Min, Anne Abdullah, Idris Md Diah dan Rosnah Johari.

Pelakon undangan membabitkan Lia Natalia, Zila Bakarin, Shaharuddin Thamby, Ahmad Fauzee, Zulkifli Ismail, Mak Wan, Nor Amisah Abdullah, Ben Ryzlan, Muhd Shadip Azan, NurFatin Amalina, Muhd Suffian Md Yassan, Datin Ira Ghani dan Zulkifli Mohd Salleh.

Juga melibatkan pelakon kanak-kanak iaitu Mohd Ariff Abdullah, Sharifah Nur Sayyarah binti Syed Hadi dan Nur Nawrah Affia bt Munawarul Zaman.

    

Baca: Biodata Pelakon Shukri Yahaya

Baca: Biodata Pelakon Siti Saleha

Baca: Biodata Pelakon Wan Sharmila

Baca: Biodata Pelakon Syazwan Zulkifli

Baca: Biodata Pelakon Faye Kusairi

Baca: Biodata Pelakon Ungku Hariz

Baca: Biodata Pelakon Jaja Iliyes

Baca: Biodata Pelakon Lia Natalia

    

pelakon 7 hari mencintaiku 188

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya garapan Jamal Khan yang pernah menduduki kerusi sutradara untuk drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Asalkan Dia Bahagia dan Duda Pujaan Dara.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung (Official Music Video OST 7 Hari Mencintaiku)

    

Tajuk: Lelaki Teragung

Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Komposer: Natasyah

Lirik: Iman Imran

    

drama 7 hari mencintaiku

    

Waktu Siaran

Ditayangkan selama 28 episod pada 7 November 2016 hingga 22 Disember 2016 di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang.

    

Kredit video: 7 Hari Mencintaiku Episod 1

         

Sumber:

1. Novel 7 Hari Mencintaiku

2. Wikipedia 7 Hari Mencintaiku

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)