Kredit foto: Instagram @jasmine_suraya

   

Pernah membintangi filem Paskal The Movie, di samping kelibatnya di kaca televisyen mengacarakan rancangan bola sepak Liga Super Malaysia, kehadiran Jasmine Suraya Chin nyata semakin disedari ramai.

Menyentuh pembabitannya sebagai pelakon di layar kaca, namanya menonjol selepas terlibat dalam drama bersiri fenomena, Hero Seorang Cinderella.

Baru-baru ini pula dia hangat diperkatakan selepas timbul spekulasi kononnya berhubungan cinta dengan Sufian Suhaimi selepas penyanyi Di Matamu itu hadir membuat persembahan di majlis ulang tahun kelima penglibatannya sebagai anak seni.

Siapakah sebenarnya Jasmine Suraya? Bagi anda yang belum kenal, kami kongsikan profil lanjutnya dalam ruangan biodata kali ini.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Jasmine Suraya Chin Xian Mei. Dikenali sebagai Jasmine Suraya.

2. Kelahiran Kuching, Sarawak pada 10 November 1989. Kini berusia 30 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak tunggal dalam keluarga.

5. Beragama Kristian dan berketurunan Cina.

6. Memperoleh 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas menyambung pengajian, beliau dikurniakan Ijazah dalam bidang Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi daripada Universiti Monash, Melbourne.

7. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai pengacara televisyen, pelakon dan model.

8. Antara drama dibintanginya seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, A&E, Padamu Aku Bersujud, Keluarga Pontimau, Hero Seorang Cinderella, Pengantin 100 Hari, KL Gangster: Underworld dan Alamatnya Cinta.

9. Termasuk telefilem Tesis Terakhir, Cinta Di Gerai, Komplot dan Cinta Elevator.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem River Of Exploding Durians, Tuli Sekampung, Return To Nostalgia, Rembat, Dave, KL Wangan, Paskal dan Masterpiecisan.

11. Dalam bidang pengacaraan, dia memegang peranan sebagai hos program Sensasi Bola dan Liga Super Malaysia.

   

Fakta Menarik

  • Nama 'Suraya' diilhamkan bersempena nama kawan rapat ibunya ketika menuntut bersama di universiti luar negara.
  • Menjadi wakil negeri Sarawak untuk sukan boling 10 pin pada tahun 2003, di usia 14 tahun. Juga pernah menyertai Pertandingan Kejohanan Junior Milo Kebangsaan sebagai wakil negeri.
  • Menyandang gelaran juara Pantene's Star Search Malaysia pada tahun 2013.
  • Pada awal pembabitannya sebagai anak seni, Jasmine mengalami masalah dalam menguasai Bahasa Melayu sebelum mengambil inisiatif melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) selama enam bulan untuk memperkasakan ilmu dalam bahasa tersebut.
  • Bekas peserta program Projek 3R pada tahun 2013 yang antara lain disertai Dayah Bakar, Amirah Azmi dan Yvonne Lee.

   

Foto

liga super malaysia

jasmine suraya chin

jasmine suraya sufian suhaimi

jasmine suraya chin kahwin

jasmine suraya paskal

Kredit foto: Instagram @jasmine_suraya

   

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. BH Online

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)