Kredit foto: Instagram Asha Merican

Siapa Asha Merican? Beliau antara bintang siri televisyen The Hotel yang kini sedang ke udara secara berepisod di saluran Astro Ria.

Drama slot Megadrama itu turut membariskan pelakon Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Nabil Aqil, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Farah Ahmad, Amir Nafis, Daler Yusuf, Alif Hadi, Datin Paduka Eina Azman dan Azhar Amir.

Info biodata Asha Merican dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

the hotel 145

   

1. Pelakon meningkat naik ini baru sahaja menginjak umur 24 tahun (2021).

   

the hotel drama 959

2. Sebelum memasuki bidang lakonan, beliau adalah seorang model peragaan yang turut menjayakan iklan bagi pelbagai produk komersial termasuk di Go Shop.

asha merican wikipedia 649

3. Menjadikan Astro On Air Talent sebagai platform untuk mempelajari seni lakon, dunia hiburan, pengacaraan dan vokal dalam penyertaannya selama enam bulan, menggunakan khidmat pembimbing, Datuk Aznil Nawawi dan Cikgu Syafi.

asha merican

   

4. Tawaran lakonan pertama yang diterimanya adalah menerusi drama Rindu Yang Terlarang, sebuah naskhah tayangan saluran Astro Ria, pembabitan bersama Fikry Ibrahim, Zahirah MacWilson, Putri Hanan, Shaffi Khan, Hanis Nabilah, Sefik Khair dan Mior Darwish.

5. Penampilan sulungnya itu bagaimanapun kurang memberikan impak, namun penerbit Fadzil Teh (Haji Zeel) sekali lagi memberi peluang kepadanya untuk menghiasi sebuah telefilem yang berjudul Pemuja Rahsia.

pelakon the hotel 206

   

6. Lagi drama yang menggunakan khidmatnya sebagai pelakon termasuklah Cik Ayu Mee Sanggul, Juliet, Lelaki Lingkungan Cinta, Marry Me Senorita, Tak Sempurna Mencintaimu dan yang terbaharu, The Hotel.

7. Sepertimana para pelakon baharu lain, Asha yang hanya memegang peranan pembantu selama ini turut menyimpan cita-cita untuk mengemudi sesebuah naskhah sebagai teraju utama.

the hotel movie 230

8. Beliau yang sudah bertapak dalam dunia seni sejak tiga tahun lalu itu bermula sebagai rakan seangkatan kepada pelakon Shaza Bea (juara Dewi Remaja) dan Rita Nadira.

the hotel astro 84

   

9. Setakat ini, keutamaannya diberikan kepada lapangan seni lakonan, selain peragaan yang dilakukan secara sambilan. Manakala tawaran bidang pengacaraan tetap akan dipertimbangkan sekiranya ada, namun dunia nyanyian jauh sekali berada dalam pilihan kerana menyedari kekurangan bakat sebagai taruhan.

10. Asha menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @ashamerican yang sudah menghimpunkan lebih 61,000 pengikut.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod The Hotel (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja (Slot Megadrama)

   

Gambar

asha merican instagram

siapa asha merican

asha merican umur 845

Kredit foto: Instagram Asha Merican

   

Video

Kredit video: Bawak girlfriend jumpa kawan rapat (experiment)

Sumber:

1. 'Bukan senang berlakon'

2. [EPISOD PENUH] THE HOTEL - Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)