Oleh pada 12 Sep 2021 kategori
hotel del luna
      
Hotel Del Luna merupakan sebuah drama bersiri televisyen Korea Selatan tahun 2019 mengetengahkan genre komedi romantik dengan menggandingkan dua figura dikenali ramai, Yeo Jin-gu dan Lee Ji-eun (IU).
  
Siri yang mencipta fenomena ini mengangkat kisah percintaan dan beberapa penceritaan misteri di sebuah hotel yang digambarkan unik.
  
Episod 1 ke udara di saluran tvN pada 13 Julai 2019.
  
hotel del luna season 2

Kredit foto: Instagram @fullmoon.long

  

Sinopsis

Hotel Del Luna merupakan sebuah hotel lima bintang dihuni oleh tetamu di kalangan hantu dan dimiliki oleh Jang Man-wol (Lee Ji-eun), seorang wanita misteri cantik yang tidak pernah dimamah usia, namun bersikap angkuh.
  
Kehadiran seorang jejaka bernama Goo Chan-sung (Yeo Jin-goo) yang merupakan graduan daripada Universiti Harvard sebagai pengurus baru di hotel itu, membawa kepada perkenalan antara mereka.
  
Goo Chan-sung kemudian mengenali rapat pemilik hotel lama itu serta dunianya yang disifatkan aneh. Jang Man-wol mengambil tindakan membuka hijab mata Goo Chan-sung untuk melihat dunia roh sebenar yang terlindung daripada pandangan mata kasar manusia. 
  
Ia menarik mereka yang pernah hadir dalam hidup Jang Man-wol beribu tahun lalu, lantas memori pahit kembali bertandang ke fikiran Jang Man-wol yang pernah melakukan kesalahan besar tidak disedarinya suatu masa dahulu.
   
hotel del luna cast 
     

Pelakon / Cast

Dibintangi Lee Ji-eun,Yeo Jin-goo, Shin Jung-geun, Seo Yi-sook, Bae Hae-sun, Pyo Ji-hoon, Cho Hyun-chul, Kang Hong-suk, Lee Do-hyun, Lee Tae-seon, Kang Mina, Park You-na dan Oh Ji-ho.
  

Watak Pelakon

Lee Ji-eun (IU) sebagai Jang Man-wo
Yeo Jin-goo sebagai Gu Chan-sung
Jung Dong-hwan sebagai Noh Joon-suk
Shin Jung-geun sebagai Kim Seon-bi
Pyo Ji-hoon sebagai Ji Hyun-joong
Bae Hae-sun sebagai Choi Seo-hee
Lee Tae-sun sebagai Yeon-woo
Jo Hyun-chul sebagai Sanchez
Kang Mi-na sebagai Jung Soo-jung / Kim Yoo-na
Lee David sebagai Seol Ji-won
Seo Yi-sook sebagai Mago
Park Yoo-na sebagai Princess Song-hwa / Lee Mi-ra
Lee Do-hyun sebagai Go Chung-myung
Kang Hong-seok sebagai Grim Reaper
Sulli sebagai Jung Ji-eun
  
the hotel

Kredit foto: Instagram @fullmoon.long

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah hasil arahan sutradara Oh Choong-hwan ini ditulis oleh adik beradik Hong Sisters (Hong Jung-eun, Hong Mi-ran), penulis genius yang menempa kemasyhuran kerana sering memberi sentuhan magis pada karya-karya terkenal di kalangan para penggemar siri Korea Selatan.
  
hotel del luna malaysia

Kredit foto: Instagram Yeo Jin Goo

  

Waktu Siaran

Ditayangkan di saluran tvN selama satu musim dari 13 Julai 2019 hingga 1 September 2019, kesemua 16 episod penuh juga boleh ditonton secara strim di platform penstriman, Netflix dan iQIYI.
  
Nantikan drama The Hotel di Astro Ria yang disebut-sebut ramai sebagai 'Hotel Del Luna Versi Malaysia'!
  
    
Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama
  

Kredit video: #1 hotel for your journey to the afterlife | Hotel Del Luna Highlights | Netflix [ENG SUB]

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)